Utusan Borneo (Sabah)

Juruteknik memiliki senjata ketika rusuhan didenda RM3,500

-

KOTA KINABALU: Seorang juruteknik yang mabuk memiliki senjata ketika menyertai rusuhan dikenakan denda sebanyak RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Gelvin Moll, 24, mengaku bersalah mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati menyertai dalam rusuhan dan memiliki gelas kaca yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Kesalahan dilakukan pada 9 Julai antara jam 3 pagi hingga jam 4 pagi, di sebuah premis Stone Cafe, Kepayan Point, Jalan Pintas, Penampang.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan Gelvin dikenakan penjara selama tempoh lapan bulan.

Hasil siasatan, semasa mangsa membersihk­an kafe, terdapat sekumpulan pelanggan sedang menghabisk­an minuman keras.

Tiba-tiba berlaku perang mulut antara mereka, mangsa berusaha cuba meleraikan keadaan.

Namun akibat tidak berpuas hati kerana campur tangan, kumpulan berkenaan memukul mangsa dengan menggunaka­n objek keras seperti gelas dan kayu snooker.

Mangsa dihantar ke unit kecemasan hospital Queen Elizabeth dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, akibat dipukul objek keras.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 27 September untuk pengurusan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa menceroboh kauters penjara.

Keputusan itu dilakukan terhadap Mohd Farid Ag Padang, 26, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menceroboh tempat simpanan harta di Blok E, Gunung Emas, Tingkat 4, Kauters Penjara Taman Mat Salleh Matambai, Kepayan, pada 19 Ogos jam 9.35 malam.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM3,000, atau dengan keduaduany­a sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit tidak mencadangk­an tertuduh diberikan ikat jamin kerana tidak memiliki dokumen.

Oleh itu, mahkamah memerintah­kan Mohd Farid terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia