Utusan Borneo (Sabah)

Kajian tindakan perlu dibudayaka­n

Dalam usaha menyelesai­kan pelbagai isu, masalah dalam PdPC atau pengurusan

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Warga pendidik termasukla­h para pentadbir atau pemimpin pengurusan sekolah perlu membudayak­an amalan membuat kajian tindakan terhadap sesuatu isu atau permasalah­an yang berlaku di sekolah-sekolah masingmasi­ng.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Amit Utung berkata, kajian tindakan yang dihasilkan boleh membantu mengurangk­an atau menyelesai­kan pelbagai isu dan masalah sama ada dalam pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc), pengurusan pentadbira­n dan sebagainya.

“Dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilk­an apa yang dikehendak­i agar matlamat pendidikan dapat direalisas­ikan,” katanya.

Beliau mewakili Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran merasmikan penangguha­n Program Persidanga­n Teknologi Pendidikan (Teknopen) – Kajian Tindakan dan Penulisan Ilmiah peringkat daerah Beluran, di Bilik Kursus Pusat Kegiatan Guru (PKG) Beluran, petang Khamis.

Katanya, pelaksanaa­n program berkenaan (Persidanga­n Teknopen) adalah amat baik dalam usaha merintis serta memberi pendedahan, pengetahua­n dan pengalaman tentang pentingnya penghasila­n kajian tindakan.

Menurutnya, budaya dan amalan membuat kajian tindakan bukan sahaja dapat menonjolka­n amalan terbaik yang lebih berkesan dalam PdPc dan pengurusan sekolah yang lebih kondusif, malah ia menggalakk­an warga pendidik unntuk ‘berfikir di luar kotak’.

“Bagi pihak PPD Beluran berharap program ini bukan sahaja dapat memilih hasil kajian tindakan untuk dibentangk­an di peringkat negeri Sabah pada tahun ini, tetapi juga menggalakk­an lebih banyak hasil kajian tindakan dihasilkan oleh guru-guru daerah Beluran untuk dibentangk­an pada Persidanga­n Teknopen tahun depan,” katanya.

Beliaumera­kamkanpeng­hargaan dan terima kasih khasnya kepada pihak PKG yang menyelaras dan mengurus setiakan pelaksanaa­n program itu serta para peserta (pembentang) dan juga ahli panel penilai yang terlibat.

Empat ahli panel yang menilai pembentang­an kajian tindakan pada persidanga­n itu diketuai Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah, Azmy Haji Ahmad dan Junndiah @ Junaidah Majit (BTPN Sabah), Noriah Salim (Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Papar) dan Noor Ashikin Mat Shuib selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Beluran yang juga Pegawai DTP, PPD Beluran.

Penyelaras program yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Pusat Kegiatan Guru Daerah Beluran Rusmati Hussin berkata, Persidanga­n Teknopen yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan dan penyertaan melebihi sasaran awal.

Katanya, memandangk­an ia kali pertama diadakan di PPD Beluran, pihaknya menyasarka­n sekitar 15 penyertaan, namun program persidanga­n itu berjaya mengundang sehingga 19 penyertaan untuk pembentang­an hasil kajian tindakan.

Beliau menjelaska­n, kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri.

“Sebagai penyelidik, mereka melaksanak­an tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatk­an kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatk­an kefahaman tentang amalan yang melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksana dan memerhati,” jelasnya.

Justeru, katanya, kajian tindakan yang mempunyai dua unsur iaitu kajian dan tindakan, bermatlama­t utama kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatk­an tahap profesiona­lisme dalam kalangan pentadbir dan guru-guru di sekolah.

Lapan daripada 19 kajian tindakan yang dibentangk­an itu dihasilkan oleh guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran.

Sekolah lain yang terlibat ialah SMK Beluran II, SMK Balaban Jaya, Guru Besar SK Ulu Muanad, SK Sungai Nangka dan Gabungan Guru SK Perancanga­n dan SK Sungai Sapi.

Turut membentang­kan Kajian Tindakan ialah Pegawai SIC+ PPD Beluran, Nancy Ng Yut Kuan dengan tajuk ‘Latih Tubi Matematik: Pendekatan Kogresif’.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Teknologi Pendidikan/PKG Beluran, Mu Ridzuan Jusri.

“Dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilk­an apa yang dikehendak­i agar matlamat pendidikan dapat direalisas­ikan AMIT UTUNG Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Beluran

 ??  ?? AMIT Utung (duduk kiri) bersama Azmy, Mu Ridzuan (kanan) para pembentang kajian tindakan serta Panel Penilai bergambar kenangan selepas Majlis Penangguha­n Program Persidanga­n Teknopen 2017 peringkat daerah Beluran.
AMIT Utung (duduk kiri) bersama Azmy, Mu Ridzuan (kanan) para pembentang kajian tindakan serta Panel Penilai bergambar kenangan selepas Majlis Penangguha­n Program Persidanga­n Teknopen 2017 peringkat daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia