Utusan Borneo (Sabah)

Kongsi detik romantis bersama hidangan keju Itali di KFC

-

KOTA KINABALU: KFC Malaysia membawakan citarasa Itali menerusi hidangan berkeju terbarunya iaitu KFC Cheezy Romano Crunch.

Siri hidangan berkeju enak daripada KFC yang sentiasa mendapat sambutan hangat selama ini diteruskan lagi dengan memperkena­lkan sos premium keju Romano untuk dinikmati bersama ayam Hot &

Spicy kegemaran ramai. Membawakan citarasa daripada negara yang terkenal dengan ciptaan kejunya, Cheezy Romano

Crunch menawarkan sensasi Itali kepada para penggemar KFC.

Gabungan nikmat daripada rasa hebat keju premium Romano dari Itali bersama kerangupan ayam Hot

& Spicy KFC pasti menambat hati dan selera setiap individu.

“Tidak dapat dinafikan bahawa sesuatu yang enak dapat mengeratka­n kita semua. Inilah idea di sebalik ciptaan terbaru oleh KFC, diinspiras­ikan daripada permintaan para penggemar kami yang sentiasa mengingink­an hidangan berkeju daripada KFC.

Nantikan detik romantis seperti berada di Itali apabila anda nikmati Cheezy Romano Crunch kami dengan sos keju Romano yang pasti buat anda jatuh hati.

Nikmati detik berkeju yang menyelerak­an dan alami pengalaman yang lebih indah apabila dikongsi bersama teman rapat mahupun kenalan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

KFC Cheezy Romano Crunch boleh didapati secara ala carte bermula daripada hanya RM5.90 atau di dalam hidangan kombo yang didatangka­n bersama dua ketul ayam Hot & Spicy, sos keju Cheezy Romano bersama hidangan sampingan KFC kegemaran ramai, iaitu coleslaw, kentang putar serta minuman ringan; hanya daripada RM13.90.

KFC Cheezy Romano Crunch boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari 24 August 2017, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

 ??  ??
 ??  ?? STAF KFC menunjukka­n citarasa Itali menerusi hidangan berkeju terbarunya iaitu KFC Cheezy Romano Crunch.
STAF KFC menunjukka­n citarasa Itali menerusi hidangan berkeju terbarunya iaitu KFC Cheezy Romano Crunch.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia