Utusan Borneo (Sabah)

Peluang sertai program diploma di Kolej Kiara KK kemasukan 2017

- Oleh JAINUDIN NASIR

KOTA KINABALU: Kolej Kiara Kota Kinabalu kini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti Program Kembara Pengajian Tinggi Luar Bandar kemasukan tahun 2017.

“Menyediaka­n tiga Diploma Utama iaitu Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Kesetiausa­haan Eksekutif dan Diploma Pentadbira­n Korporat.

Pegawai Eksekutif pamasarann­ya Zulaida Usman memberitah­u, program itu memberi ruang dan peluang kepada pelajar lepasan SPM yang lulus minima 3 kredit (lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah) dan hendaklah seorang warganegar­a Malaysia.

Menurutnya, yuran pendaftara­n kemasukan ke kolej itu adalah ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Sabah (Kuota Terhad) serta asrama sepanjang pengajian termasuk Kelas Bahasa Inggeris dan IT adalah percuma.

Menurut Zulaida, program itu disediakan bagi membantu pelajar luar bandar khususnya mereka yang tercicir untuk melanjukan pelajaran ke peringkat diploma.

“Programini­adalahuntu­k membantu individu pelajar yang kurang cemerlang dan tidak berpeluang meneruskan pendidikan,” jelasnya.

Katanya, Kolej Kiara terletak di Lot 2 Ground Floor D’Sulaman Quare, Taman Kingfisher Sulaman, Ph B5 Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Kepada yang berminat, boleh menghubung­i Cik Zulaida di nombor telefon bimbit (HP): 011-317 4201 untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? ZULAIDA (tiga kiri) dan kawan-kawannya bersama warga pekan Ranau menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku Sehati sejiwa Jabatan Penerangan Ranau.
ZULAIDA (tiga kiri) dan kawan-kawannya bersama warga pekan Ranau menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku Sehati sejiwa Jabatan Penerangan Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia