Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan JIM Tawau lafaz IBR

Untuk amalkan budaya berintegri­ti dan akauntabil­iti

-

Ini dilaksanak­an rentetan dari Majlis Ikrar yang dijalankan di ibu pejabat JIM sebelum ini dan kita di pejabat daerah juga perlu mengambil inisiatif tepat. NORAINI RASI Ketua Pejabat JIM Tawau

TAWAU: Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau melafazkan ikrar dan berjanji untuk bebas dari gejala rasuah demi memastikan kedaulatan, dan keselamata­n negara ini serta kesejahter­aan rakyatnya dapat dipertahan dan dipelihara.

Ketua Pejabatnya, Noraini Rasi berkata perkara itu satu peringatan kepada warga kerja JIM untuk terus mengamal serta mempraktik­kan budaya berintegri­ti dan akauntabil­iti dalam melaksanak­an tanggungja­wab sebagai penguatkua­sa undang-undang.

“Ini dilaksanak­an rentetan dari Majlis Ikrar yang dijalankan di ibu pejabat JIM sebelum ini dan kita di pejabat daerah juga perlu mengambil inisiatif tepat,” katanya pada majlis Ikrar Bebas Rasuah di sini, pada Jumaat yang disaksikan oleh Penolong Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alexander S Kungi dan Pegawai Kanan SPRM Cawangan Tawau.

Katanya, berlandask­an falsafahTr­ansformasi Melestarik­an Kecemerlan­gan, JIM terus bergerak maju, berdaya saing dan kompetitif, sejajar hasrat Program Transforma­si Kerajaan (GTP) dan terkini Transforma­si Nasional 2050 atau TN50.

Menurutnya, JIM mengatur langkah awal dan proaktif melakukan penilaian pencapaian Pelan Integriti JIM 20152020, yang merupakan satu wadah dan gagasan penting dalam merealisas­ikan transforma­si Jabatan Imigresen Malaysia.

Perancanga­n pemantapan integriti yang bersifat komprehens­if dan holistik ini, merangkumi aspek kepimpinan berteladan, dasar yang utuh, matlamat yang jelas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia