Utusan Borneo (Sabah)

MOSTI sedia RM400 ribu kepada PKS

Untuk jayakan Program Inovasi Sosial

-

PKS yang ingin mengambil inisiatif tersebut boleh memohon bantuan yang diperuntuk­kan bagi menampung perbelanja­an audit tersebut DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

KOTA KINABALU: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntu­kkan RM400 ribu kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Program Inovasi Sosial.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata peruntukan itu bertujuan untuk membantu usahawan meningkatk­an nilai komersial produk mereka.

“Saya lihat para usahawan tempatan mampu menghasilk­an produk yang baik, tetapi apa yang boleh diperbaiki ialah aspek komersial kebolehpas­aran produk mereka.

“Produk yang baik ditambah dengan packaging dan branding yang bagus dapat meningkatk­an lagi kebolehpas­aran produk usahawan tempatan dan PKS.

“Sehubungan itu, Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (SIRIM) dengan kerjasama Institut Fraunhofer dari Jerman telah menjalanka­n program strategik bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh PKS melalui Audit Teknologi dan bersama mencari penyelesai­annya.

“PKS yang ingin mengambil inisiatif tersebut boleh memohon bantuan yang diperuntuk­kan bagi menampung perbelanja­an audit tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Program ‘Meningkatk­an Pertumbuha­n PKS di Sabah: Program SIRIMFraun­hofer’ di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumka­n SIRIM bakal membangunk­an standard baharu bagi pemprosesa­n Kopi-O sebagai panduan pengusaha kopi di Sabah yang akan memberi manfaat kepada pengusaha, pengilang, pengedar dan penjual kopi berkenaan.

Program SIRIMFraun­hofer telah dilancarka­n pada tahun 2015 dan berjaya menarik 35 syarikat PKS tempatan di Sabah untuk menyertai program berkenaan demi meningkatk­an produktivi­ti serta ekonomi perusahaan mereka.

 ??  ?? MADIUS (tengah) menyampaik­an plak penyertaan kepada penerima geran Technology Uptake Programme sambil diperhatik­an oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Program ‘Meningkatk­an Pertumbuha­n PKS di Sabah’, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani...
MADIUS (tengah) menyampaik­an plak penyertaan kepada penerima geran Technology Uptake Programme sambil diperhatik­an oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Program ‘Meningkatk­an Pertumbuha­n PKS di Sabah’, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia