Utusan Borneo (Sabah)

Lee dilantik penaung kehormat tetap Persatuan Teksi KK

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Teksi Kota Kinabalu, Kung Yung Sang mengadakan kunjung mesra terhadap Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee di Kedai Pat & Lily Recipes, pada Jumaat.

Ia bagi menyerahka­n surat watikah pelantikan Lee sebagai penaung kehormat tetap Persatuan Teksi Kota Kinabalu.

Menurut Kung, pelantikan dibuat dengan mengambil kira Lee sebagai seorang aktivis sosial yang berpengala­man, komited dan berkeboleh­an.

“Beliau (Lee) banyak menghulurk­an bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dan tertekan, malah sanggup terbang ke Putrajaya untuk membela nasib anak watan Sabah yang menghadapi masalah dokumentas­i,” kata Kung selepas menyerahka­n surat pelantikan itu.

Hadir sama dalam kunjungan itu beberapa ahli jawatankua­sa persatuan berkenaan.

Dalam pada itu, Lee melahirkan rasa gembira dan teruja kerana diberi penghormat­an dilantik sebagai penaung kehormat tetap Persatuan Teksi Kota Kinabalu.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghulurk­an bantuan dan menyumbang idea demi kemajuan dan perkembang­an persatuan,” kata Lee.

Sementara itu, Kung berharap pengusaha teksi sentiasa menunjukka­n etika kerja yang tinggi dan perkhidmat­an dengan mesra.

Gesaan itu dibuat berikutan persaingan yang sengit daripada perkhidmat­an Uber dan Grab Car.

Namun Kung berasa puas hati dengan prestasi ahli-ahlinya kerana sentiasa mengamalka­n mutu perkhidmat­an berhemah tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia