Utusan Borneo (Sabah)

Semai, pupuk semangat patriotik

Rosnah ajak rakyat pelbagai kaum untuk hayati kemerdekaa­n

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengajak seluruh rakyat terutama generasi muda untuk menghayati sekali gus menghargai kemerdekaa­n negara.

Katanya, melalui usaha ini juga ia secara tidak langsung dapat mendidik generasi baharu untuk turut menghargai perjuangan pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaa­n negara.

Justeru tambah beliau, usaha Biro Tata Negara (BTN) Negeri Sabah dalam menyemarak­kan semangat cinta terhadap negara melalui program-program yang dianjurkan mereka wajar diteruskan pada masa akan datang.

“Saya menyambut baik usaha BTN Negeri Sabah dalammengg­erakkanpro­gram seumpama ini di peringkat sekolah kerana saya percaya dengan didikan awal ini ianya lebih mudah untuk menyemai semangat cinta terhadap negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’ dan penyerahan Jalur Gemilang kepada sekolahsek­olah di Sekolah Menengah (SM) Saint Mary, kelmarin.

Hadir sama Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Sabah, Dato’ Armizan Mohd Ali serta Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kawang, Datuk Juil Nuantim.

Dalam pada itu, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar turut mengajak jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutua­n untuk turut serta dalam mengibarka­n Jalur Gemilang.

Selain itu juga, masyarakat di kawasan Papar turut digalakkan mengibarka­n Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai tanda perpaduan serta semangat cinta terhadap negara iaitu Malaysia.

“Saya yakin usaha ini dapat memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat untuk memupuk perpaduan agar semangat kesatuan itu terus subur dalam hati setiap anakanak Malaysia.

“Saya khuatir sekiranya kita tidak memiliki nilai-nilai patriotik ini adalah mudah untuk kita dipengaruh­i oleh elemen-elemen negatif yang dapat merosakkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

“Dengan pendekatan ini kita berharap generasi muda akan sentiasa mempunyai semangat untuk terus mempertaha­nkan negara tercinta agar keamanan dan keharmonia­n yang dikecapi hari ini terus dinikmati secara berterusan,” katanya.

Saya menyambut baik usaha BTN Negeri Sabah dalam menggerakk­an program seumpama ini di peringkat sekolah kerana saya percaya dengan didikan awal ini ianya lebih mudah untuk menyemai semangat cinta terhadap negara.

DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

 ??  ??
 ??  ?? yang hadir melaungkan ‘Negaraku Malaysia’ sambil mengibarka­n Jalur Gemilang sempena majlis itu.
yang hadir melaungkan ‘Negaraku Malaysia’ sambil mengibarka­n Jalur Gemilang sempena majlis itu.
 ??  ?? JUIL (dua kiri) menyampaik­an Jalur Gemilang sambil diperhatik­an oleh Rosnah (dua kanan) dan Armizan (kanan) sempena majlis itu.
JUIL (dua kiri) menyampaik­an Jalur Gemilang sambil diperhatik­an oleh Rosnah (dua kanan) dan Armizan (kanan) sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN
 ??  ?? ROSNAH menerima cenderaken­angan sempena majlis itu.
ROSNAH menerima cenderaken­angan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia