Utusan Borneo (Sabah)

Laungan membangkit semangat, Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di Pitas

Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di Dewan Surukut Kg Sulakulong, Pitas

- Oleh YUSOP TEPPO

A

NAK-anak sebagai pelapis negara perlu disedarkan serta diberikan keinsafan supaya sentiasa menghargai dan mempertaha­nkan ‘nikmat kemerdekaa­n’ yang dimiliki negara masa kini.

Naib Presiden Pribumi Sabah merangkap Pengerusi KDCA Daerah Pitas Dato Seri Dr. Ruddy Awah berkata, sebagai bakal pewaris negara, mereka perlu sentiasa berjiwa besar, bersemanga­t kental, penuh semangat patriotik seterusnya mewariskan kemerdekaa­n ini kepada generasi yang akan datang hingga ke hujung nyawa mereka.

“Sambutan kemerdekaa­n bukanlah sekadar laungan membangkit­kan semangat. Ia lebih dari itu dan perlu disulami dengan penghayata­n yang mendalam.

“Kita tidak mahu kemerdekaa­n hanya pada nama. Pengisiann­ya yang lebih utama dan kita telah pun melalui episod-episod sukar seperti rusuhan kaum, krisis kewangan dan kemelut politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Konvoi Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Pantai Barat Utara 2017 di Dewan Surukut Kampung Sulakulong, Pitas pada Rabu. Konvoi kembara disertai 60 peserta dengan 38 kenderaan termasuk 13 buah motosikal yang tiba di Kg Sulakulong disambut meriah oleh penduduk kampung dan para pelajar SMK PingganPin­ggan, Pitas.

Ruddy berkata, sesungguhn­ya sesebuah negara yang merdeka tidak akan menuntut kemerdekaa­nnya untuk kali kedua, merdeka adalah bebas dari penjajahan fizikal dan minda.

“Sebagai warganegar­a, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada

rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmoni, aman serta sejahtera,” katanya.

Katanya, dengan nikmat kemerdekaa­n, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus mengukuhka­n perpaduan kaum.

Beliau berkata, perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaa­n Malaysia dapat dipertahan­kan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan.

“Apabila kita mengibarka­n Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit yang menyaluti tubuh badan kita, pangkat atau darjat.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Katakata azimat itu sudah cukup menggambar­kan betapa kita perlu bersatu hati,” katanya.

Tambahnya sejarah telah membuktika­n betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafaka­tan rakyat.

Pada majlis itu, Ruddy juga menghulur sumbangan sebanyak 100 buah kerusi kepada ketua kampung Kg. Sulakulong.

Konvoi yang diketuai oleh Penolong Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara Duraim Hj.Zaman yang telah memulakan Konvoi Kembara Merdeka di daerah Kota Belud kemudian meneruskan konvoi ke daerah Kota Marudu dan Kudat.

“Sambutan kemerdekaa­n bukanlah sekadar laungan membangkit­kan semangat. Ia lebih dari itu dan perlu disulami dengan penghayata­n yang mendalam. DATO SERI DR. RUDDY AWAH Naib Presiden Pribumi Sabah merangkap Pengerusi KDCA Daerah Pitas

 ??  ?? LAUNGAN merdeka daripada pelajar SMK Pinggan-pinggan Pitas.
LAUNGAN merdeka daripada pelajar SMK Pinggan-pinggan Pitas.
 ??  ?? PESERTA konvoi di Dewan Surukut Kg. Sulakulong.
PESERTA konvoi di Dewan Surukut Kg. Sulakulong.
 ??  ?? DURAHIM menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pengetua SMK Pinggan-Pinggan Pitas Mohd Al Berry Hj Binsen.
DURAHIM menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pengetua SMK Pinggan-Pinggan Pitas Mohd Al Berry Hj Binsen.
 ??  ?? PENGETUA SMK Pinggan-Pinggan Pitas Mohd Al Berry Hj Binsen melepaskan peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku.
PENGETUA SMK Pinggan-Pinggan Pitas Mohd Al Berry Hj Binsen melepaskan peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku.
 ??  ?? DURAHIM menyampaik­an Jalur Gemilang kepada Ruddy.
DURAHIM menyampaik­an Jalur Gemilang kepada Ruddy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia