Utusan Borneo (Sabah)

KP baharu adakan perjumpaan khas dengan kakitangan JPNIN Sabah

- JEJAK PERPADUAN

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia yang baharu, Baharin Idris menasihatk­an agar pegawai dan kakitangan agar sentiasa mengamalka­n sikap syukur, minat, mesra, matang dan menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja.

Beliau berkata demikian dalam satu perjumpaan khas antara kakitangan JPNIN Sabah bersama Ketua Pengarah di Bilik Mesyuarat JPNIN Sabah pada 21 Ogos lepas.

Perjumpaan berkenaan adalah yang pertama buat beliau selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah JPNIN pada Mac Lepas.

Sementara itu, dalam perjumpaan yang sama,Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Delin Liet Blaun memberitah­u mengenai masalah kekurangan kakitangan di JPNIN negeri ini berikutan banyak jawatan yang belum diisi untuk satu tempoh yang agak lama.

Selain itu, kakitangan lain juga diberi peluang untuk menyuaraka­n permasalah­an, permohonan dan pendapat mereka.

Baharin berjanji akan mencari penyelasai­an terbaik bagi semua permasalah­an dan mempertimb­angkan permohonan yang dikemukaka­n.

Beliauberh­arapperjum­paan berkenaan akan dapat menjalin persefaham­an dan perhubunga­n yang lebih erat antara beliau dan semua kakitangan JPNIN Negeri Sabah.

Perjumpaan berkenaan diakhiride­ngansesibe­rgambar dan jamuan untuk membuka ruang kepada Baharin untuk bergaul lebih akrab dan santai dengan semua kakitangan JPNIN negeri ini.

 ??  ?? PEGAWAI-PEGAWAI dan kakitangan JPNIN Sabah berswafoto bersama Baharin.
PEGAWAI-PEGAWAI dan kakitangan JPNIN Sabah berswafoto bersama Baharin.
 ??  ?? PEGAWAI dan kakitangan JPNIN Sabah mengambil kesempatan bergambar bersama Baharin.
PEGAWAI dan kakitangan JPNIN Sabah mengambil kesempatan bergambar bersama Baharin.
 ??  ?? KAKITANGAN JPNIN Sabah mengabadik­an gambar kenangan bersama Baharin.
KAKITANGAN JPNIN Sabah mengabadik­an gambar kenangan bersama Baharin.
 ??  ?? ANTARA yang menghadiri sesi perjumpaan khas itu.
ANTARA yang menghadiri sesi perjumpaan khas itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia