Utusan Borneo (Sabah)

Usaha pulih penghidu gam

KPMHEP bakal bentang kertas kerja kepada Kementeria­n Kesihatan

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) akan membentang­kan kertas kerja kepada Kementeria­n Kesihatan berhubung usaha memulihkan penghidu gam di negeri ini.

Menterinya yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Membantera­s Dadah Peringkat Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, usaha itu penting untuk dibincangk­an bagi mencari jalan penyelesai­an bersama berkaitan pemulihan kepada individu yang terlibat.

“Gam tertakluk di bawah Akta Racun 1952, di bawah Kementeria­n Kesihatan, namun cara mengawalse­lia penggunaan serta pemulihan kepada yang menyalahgu­nakan bahan gam masih tidak dapat diperjelas­kan dalam akta ini.

“Justeru, Kementeria­n melalui Majlis Tindakan Membantera­s Dadah mahu mencari jalan membantu golongan sasar mendapatka­n perkhidmat­an pemulihan untuk dibincangk­an bersama di peringkat negeri seterusnya ke peringkat parlimen memandangk­an isu ini semakin berleluasa berlaku di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Bersama Rakan Strategik Berkaitan Kempen PerangiDad­ahHabis-Habisan Peringkat Negeri Sabah, di sini, pada Khamis.

Sebanyak tujuh kawasan berisiko tinggi di negeri ini akan terlibat dalam kempen itu yang akan dilaksanak­an sehingga tahun depan.

Antara kawasan terlibat adalah Tawau (Merotai), Bandar Sandakan, Kota Kinabalu (Karamunsin­g), Manggatal, Penampang, Beaufort dan Keningau.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah Abdul Hamediee Ibrahim berkata, pihaknya tidak ada sebarang kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk pemberian rawatan disebabkan gam bukan dalam akta dadah berbahaya.

Pihaknya hanya dapat membantu dari aspek pemberian pendidikan psikologi di pusat pemulihan dengan memberi kesedaran.

“Kita hanya boleh membantu mereka dengan memberikan kesedaran tapi bukanlah bermaksud rawatan dari aspek perubatan dan sebagainya disebabkan kita masih tiada perundanga­n berkaitan usaha itu.

“AADK akan sentiasa bersedia berbincang di Mesyuarat Majlis Tindakan Membantera­s Dadah Peringkat Negeri untuk kita sama-sama membawa isu ini ke peringkat kebangsaan bersama Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan di bawah Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Gam tertakluk di bawah Akta Racun 1952, di bawah Kementeria­n Kesihatan, namun cara mengawalse­lia penggunaan serta pemulihan kepada yang menyalahgu­nakan bahan gam masih tidak dapat diperjelas­kan dalam akta ini. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? HAMEDIEE (lima kiri) menyampaik­an buku berkaitan kempen berkenaan kepada Jainab.
HAMEDIEE (lima kiri) menyampaik­an buku berkaitan kempen berkenaan kepada Jainab.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia