Utusan Borneo (Sabah)

Ambil kesempatan sempena Hari Kebangsaan, kukuhkan perpaduan: Armizan

- -Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Negeri Sabah, Dato’ Armizan Mohd Ali meminta masyarakat untuk mengambil kesempatan sempena Hari Kebangsaan untuk mengukuhka­n lagi perpaduan yang sedia terjalin.

Katanya, kesatuan itu perlu dipelihara oleh seluruh lapisan masyarakat di negeri ini tidak kira agama, bangsa mahupun perbezaan politik.

“Kita harus meraikan bulan kemerdekaa­n dengan penuh semangat demi menjamin kelangsung­an serta kesejahter­aan negeri Sabah dan amnya negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Program Fit Dance Negaraku ‘Sehati Sejiwa’ di Sekolah Menengah (SM) Saint Mary pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Ahli Parlimen Papar dan Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kawang, Datuk Juil Nuantim.

Dalam perkembang­an berkaitan, Armizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar memberitah­u, program terbabit tidak akan dihenti malah akan diteruskan pada bulan hadapan bagi menyambut Hari Penubuhan Malaysia.

“Kita bukan sahaja akan meneruskan program Fit Dance tetapi turut memperkena­lkan program ‘Senam Patriot’ yang juga akan diperluask­an selepas bulan kemerdekaa­n ini.

“Tidak semua kita dapat himpunkan sekali untuk mendengar ceramah, oleh itu kita mengambil pendekatan berbeza kali ini melalui program yang lebih santai agar ianya dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk turut serta dalam memupuk semangat patriotik,” katanya.

 ??  ?? ARMIZAN (kanan) menerima cenderahat­i sambil diperhatik­an oleh Rosnah (tengah) sempena majlis itu. ARMIZAN (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Rosnah (empat kanan) sempena majlis itu.
ARMIZAN (kanan) menerima cenderahat­i sambil diperhatik­an oleh Rosnah (tengah) sempena majlis itu. ARMIZAN (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Rosnah (empat kanan) sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar album bersama Rosnah (enam kiri) dan Armizan (enam kanan).
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar album bersama Rosnah (enam kiri) dan Armizan (enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia