Utusan Borneo (Sabah)

Hayati semangat kemerdekaa­n

-

SEMANGAT kemerdekaa­n perlu dihayati dan disambut dengan penuh kesedaran mengenai erti perpaduan yang telah membawa kepada kemerdekaa­n negara sejak 60 tahun lalu.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, rakyat perlu sedar akan perjuangan nenek moyang mereka menentang penjajah untuk mempertaha­nkan tanah air yang tercinta ini.

“Sambutan bulan kemerdekaa­n ini adalah bukti kejayaan negara yang boleh mentadbir rakyatnya dengan betul.

“Rakyat harus sedar, pengorbana­n pemimpin kita yang memerdekak­an negara satu ketika dahulu akan menjadi sia-sia jika mereka tidak bersatu-padu dan keharmonia­n antara kaum diabaikan.

Kita mahu rakyat menunjukka­n rasa cinta terhadap negara ini dengan mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga,” katanya ketika berucap pada Program Blue Ocean Strategy 6 (Nbos 6) 2017 ‘Jom Merdeka Sihat, Otak Sihat Minda Cerdas’ di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan Tawau.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu menambah, setiap rakyat memainkan peranan dalam melonjakka­n agenda perpaduan yang dipertahan­kan oleh pemimpin demi keutuhan negara ini.

“Hargailah pengorbana­n pasukan keselamata­n negara yang telah berkorban jiwa, keluarga dan harta benda untuk memastikan keamanan negara.

“Ramai orang cemburu dengan keharmonia­n negara ini dan mencuba pelbagai cara untuk melihat kejatuhan tanah air kita ini,” katanya.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaru­h dengan anasir-anasir jahat yang cuba memecahbel­ahkan semangat perpaduan pelbagai kaum tersebut.

“Kita semua khususnya generasi muda mesti mempertaha­nkan erti kemerdekaa­n dan menyambung perjuangan pemimpin kita untuk mempertaha­nkan negara,” katanya.

Jelas beliau, rakyat di daerah ini mestilah merdeka dalam erti kata menikmati hak sepenuhnya sebagai anak watan sebuah negara bebas dan berdaulat, mempunyai peluang luas membangunk­an potensi diri, keluarga dan masyarakat dalam sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni.

“Merdeka juga bererti memiliki daya fikir hebat dan jiwa kental untuk memajukan bangsa dan negara mengikut acuan sendiri serta bebas menentukan masa depan yang lebih cerah di tanah air tercinta,” katanya.

Hadir sama Guru Besar SK Kalabakan Haidir Tasmin, guru-guru dan murid sekolah.

 ??  ?? KONVOI merdeka oleh murid-murid SK Kalabakan.
KONVOI merdeka oleh murid-murid SK Kalabakan.
 ??  ?? HAMISA merasmikan Program Blue Ocean Strategy 6 (NBOS 6) 2017 ‘Jom Merdeka Sihat, Otak Sihat Minda Cerdas’ di Dewan SK Kalabakan Tawau.
HAMISA merasmikan Program Blue Ocean Strategy 6 (NBOS 6) 2017 ‘Jom Merdeka Sihat, Otak Sihat Minda Cerdas’ di Dewan SK Kalabakan Tawau.
 ??  ?? HAMISA menerima cenderahat­i daripada murid sekolah.
HAMISA menerima cenderahat­i daripada murid sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia