Utusan Borneo (Sabah)

Uji kecekapan pasukan penyelamat

Program Simulasi Bencana Gempa Bumi

- Oleh JAINUDIN NASIR

S

ERAMAI 50 orang mangsa, iaitu 40 orang dewasa, 10 kanak-kanak, empat Orang Kelainan Upaya (OKU) dan seorang bayi perempuan berusia empat bulan terselamat dalam satu kejadian `gempa bumi’ di Ranau kira-kira jam 9 pagi Khamis.

Berikutan bencana itu menyebabka­n tiga orang trauma, dua pengsan dan seorang lagi dikejarkan ke hospital Ranau untuk rawatan kerana mengalami sesak nafas.

Semua mangsa terselamat dan ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Bersatu Kg. Marakau, Ranau.

Mereka diberi bantuan kecemasan oleh Sukarelawa­n Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah serta pelbagai sukarelawa­n agensi kerajaan di Ranau sehinggala­h keadaan pulih. Selepas itu, semua mangsa diarah balik ke tempat masing-masing.

Turut berada di pusat pemindahan sementara itu ialah Pegawai Daerah Ranau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah, Haji Faimin Bin Kamin.

Demikian senario `Program Simulasi Bencana Gempa Bumi’ anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Kinabalu di Dewan Bersatu Marakau, Ranau.

Ia berjalan lancar dengan adanya permuafaka­tan dalam kalangan semua agensi terlibat termasuk kerjasama padu penduduk setempat.

Simulasi yang julung kali diadakan selepas gempa bumi pada 5 Jun 2015 memberi kesedaran kepada semua pihak berhubung keperluan yang harus dibuat serta tindakan wajar semua agensi ketika berlaku bencana pada masa akan datang.

Program itu merupakan satu usaha JKM melaksana pengurusan dan pengendali­an dengan baik, cekap dan teratur mengikut tatacara sedia ada, selain memperting­kat peranan dan keupayaan jabatan sebagai paksi utama dalam perancanga­n serta penilaian program pembanguna­n kebajikan masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Program itu juga memberi pendedahan awal berfokus penglibata­n sukarelawa­n untuk memperkuku­hkan lagi peranan mereka dalam memberi pérkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat.

Seramai 200 sukarelawa­n dari pelbagai Jabatan dan agensi Kerajaan menyertai program tersebut yang dirasmikan, Pegawai Daerah Ranau, Haji Faimin Kamin mewakili Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.

Faimin dalam ucapannya memuji inisiatif JKM Kota Kinabalu dan JKM Ranau kerana berjaya menganjurk­an program Simulasi bencana itu dengan lancar serta teratur.

“Menerusi penglibata­n serta kerjasama semua pihak, telah membolehka­n program penting seperti ini berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Antara Sukarelawa­n JKM/ JPKA daerah yang terlibat menyertai program itu ialah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud dan Ranau.

Sementara agensi kerajaan terlibat ialah Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, JPAM Daerah Ranau, Bomba dan Penyelamat Ranau, Jabatan Kerja Raya (JKR), Bulan Sabit Merah Daerah Ranau, Pejabat Kesihatan Daerah Ranau, semua Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) bersama penduduk Kg. Marakau dan Kg. Kituntul Lama, Ranau.

Antara aktiviti dijalankan termasuk ceramah ‘Peranan Dan Tanggungja­wab Sukarelawa­n di Pusat Pemindahan’ yang disampaika­n Penolong Pengarah Bahagian Komuniti Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Sabah, Dominic Chong, disusuli ceramah `Peranan JPKAS Sebelum, Semasa Dan Selepas bencana serta Tanggungja­wab di Pusat Pemindahan Bencana’ oleh Penolong Pengarah Bahagian Bencana Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Rokiah Haji Salleh.

Ia kemudian disusuli Simulasi Pusat Pemindahan Bencana berfokus kepada Cara Pendaftara­n Mangsa Bencana, Pengurusan Pengagihan BarangBara­ng Keperluan Kepada Mangsa, Pembersiha­n dan Keselamata­n Pusat Pemindahan (Semasa & Selepas) dan Pengurusan Dengan Agensi Berkaitan Di Pusat Pemindahan.

Faimin menyifatka­n program itu sebagai berperanan penting menerapkan nilai-nilai muni dan budaya bekerjasam­a dalam kalangan sukarelawa­n kebajikan.

“Inisiatif seperti ini juga mampu membangunk­an individu ke arah kecemerlan­gan diri, kerjaya serta orginasasi, mengimbang­i jati diri dan mental, kerohanian serta kecergasan fizikal bagi membentuk sukarelawa­n yang berketramp­ilan diri yang tinggi.

“Saya berterima kasih kerana Ranau dipilih sebagai tuan rumah bagi program ini, memandangk­an daerah ini adalah antara daerah berisiko tinggi menghadapi bencana gempa bumi pada 5 Jun 2015 di mana kesan daripada itu telah mendatangk­an bencana tanah runtuh dan banjir Lumpur,” katanya.

Berucap sama ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Jais Asrie.

Saya berterima kasih kerana Ranau dipilih sebagai tuan rumah bagi program ini, memandangk­an daerah ini adalah antara daerah berisiko tinggi menghadapi bencana gempa bumi pada 5 Jun 2015 di mana kesan daripada itu telah mendatangk­an bencana tanah runtuh dan banjir Lumpur. HAJI FAIMIN KAMIN Pegawai Daerah Ranau

 ??  ?? PARA pegawai petugas sukarelawa­n dari pelbagai agensi merakam gambar kenangan bersama Faimin.
PARA pegawai petugas sukarelawa­n dari pelbagai agensi merakam gambar kenangan bersama Faimin.
 ??  ?? SEBAHAGIAN sukarelawa­n bergambar kenangan bersama penduduk yang berperanan sebagai mangsa gempa bumi.
SEBAHAGIAN sukarelawa­n bergambar kenangan bersama penduduk yang berperanan sebagai mangsa gempa bumi.
 ??  ?? PENGERUSI JKKK Kg.Kituntul Lama, Fredoline (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Jais.
PENGERUSI JKKK Kg.Kituntul Lama, Fredoline (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Jais.
 ??  ?? FAIMIN (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil PBSMM.
FAIMIN (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil PBSMM.
 ??  ?? FAIMIN memotong reben sebagai gimik perasmian program tersebut.
FAIMIN memotong reben sebagai gimik perasmian program tersebut.
 ??  ?? ANTARA anggota PDRM dari IPD Ranau yang menghadiri simulasi itu.
ANTARA anggota PDRM dari IPD Ranau yang menghadiri simulasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia