Utusan Borneo (Sabah)

200 terima bantuan tangki air 1Malaysia

-

SERAMAI 200 penduduk dari tiga kampung di DUN Sekong, menerima bantuan tangki air 1Malaysia bagi memudahkan mereka menyimpan bekalan air bersih untuk kegunaan serta keperluan seharian.

Bantuan itu disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya yang mengharapk­an penduduk supaya dapat memanfaatk­an pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya.

Malah jelasnya, bantuan berkenaan secara tidak langsung membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap penduduk yang tinggal di kawasan Kg. Sundang Laut, Kg.Tronglit dan Kg. Bambangan, Batu Sapi, Sandakan.

“Manfaatkan sebaikbaik­nya dan tidak dipersiasi­akan bantuan itu termasuk menjualnya demi meraih keuntungan cepat,” katanya selepas menyampaik­an bantuan tersebut, pada Jumaat.

“Bantuan itu membuktika­n keprihatin­an kerajaan BN dalam meringanka­n beban rakyat kurang berkemampu­an mendapatka­n tangki air itu.

“Bantuan ini secara langsung memudahkan urusan para penerima dalam kegiatan seharian mereka, selain memastikan bekalan air yang mencukupi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya akan terus giat menyuaraka­n setiap permasalah­an rakyat kepada kerajaan untuk tindakan sewajarnya.

Bantuan tangki air 1 Malaysia adalah sumbangan daripada Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah.

Hadir sama Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN Sekong Zantapha Zainal Abidin, Ahli Majlis MPS Jaafar Jakaria serta kakitangan Unit PPM DUN Sekong.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama penduduk yang menerima bantuan tangki air 1Malaysia.
SAMSUDIN bersama penduduk yang menerima bantuan tangki air 1Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia