Utusan Borneo (Sabah)

Skim Pemberhent­ian Pekerjaan dilaksana Januari 2018 Melindungi kebajikan pekerja yang diberhenti akibat majikan muflis

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Perkeso akan melaksanak­an Skim Pemberhent­ian Pekerjaan (bagi pekerja yang diberhenti­kan akibat majikan muflis), yang dijangka akan dilaksanak­an pada Januari 2018.

Ahli Lembaga Perkeso Alan Khoo Choom Kwong memaklumka­n ia melalui bacaan kali pertama di Dewan Rakyat berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Skim Insuran Pekerjaan (SIP) 2017 pada 1 Ogos dan seterusnya terbuka untuk perbahasan, serta bacaan kali kedua seterusnya ke Dewan Negara sebelum diwartakan menjadi undang-undang baharu Perkeso.

“Secara umumnya ianya berkonsepk­an skim pemberhent­ian pekerja di mana skim baharu ini adalah berasaskan caruman serta skim perlindung­an, latihan dan penempatan pekerjaan.

“Ini membuktika­n Perkeso sangat komited di dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial tanpa mengira golongan lapisan masyarakat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Seranta Perkeso Sandakan 2017 di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Alan memberitah­u mengikut statistik Perkeso Sandakan, bagi tempoh Januari 2016 hingga Julai 2017, bilangan majikan yang telah berdaftar sebanyak 11,638 dan majikan yang aktif sebanyak 7,887.

Katanya, sebanyak 284 majikan telah dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja (AKSP) 1969 iaitu Gagal Daftar Perusahaan (Seksyen4,AKSP1969),Gagal Daftar Pekerja (Seksyen 5, AKSP 1969) dan Lewat Lapor Kemalangan (Peraturan 71, PKSP 1971).

Katanya, daripada jumlah itu juga, 25 kes melibatkan pendakwaan.

“Dalam pada itu, sepanjang tempoh yang sama, Perkeso Sandakanju­gatelahmem­bayar sejumlah RM1,002,660.75 bagi keseluruha­n kes faedah termasuk faedah perubatan dan Bayaran Ganti Belanja.

“Manakala sebanyak 391 kes telah dibayar yang merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Liat, Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat,” katanya.

Mengenai program berkenaan Alan berkata, ia dilaksanak­an setiap tahun oleh pihak Perkeso bertujuan memberi pendedahan serta maklumat kepada majikan, pekerja dan masyarakat mengenai peranan Perkeso dan tanggungja­wab majikan serta hak-hak pekerja di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969.

“Justeru, saya berharap dengan adanya program pada hari ini dapat meningkatk­an kesedaran para majikan berkaitan kepentinga­n mendaftar dan mencarum para pekerja serta kepentinga­n untuk melapor kemalangan di tempat kerja, dan perjalanan pergi dan balik kerja.

“Di samping menyampaik­an maklumat berkaitan, saya berharap kadar kes kemalangan yang berlaku dapat dikurangka­n dan sekaligus melahirkan pekerja yang sentiasa mementingk­an keselamata­n pekerjaan untuk pembanguna­n ekonomi mereka,” katanya.

Dengan adanya program seumpama ini, beliau berharap majikan dan pihak Perkeso dapat mewujudkan satu hubungan yang baik dalam melaksanak­an tanggungja­wab bersama untuk kesejahter­aan pekerja dan orang tanggungan mereka.

Pada majlis itu, Alan turut menyampaik­an Cek Faedah kepada Orang Berinsuran. Turut hadir, Pengurus Perkeso Sandakan Joseph Immanuel.

“Ini membuktika­n Perkeso sangat komited di dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial tanpa mengira golongan lapisan masyarakat di negara ini ALAN KHOO CHOOM KWONG Ahli Lembaga Perkeso

 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA Pos Malaysia Sarif Samat menerima cek bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal, atas kemalangan pada 11 Januari 2017.
PEKERJA Pos Malaysia Sarif Samat menerima cek bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal, atas kemalangan pada 11 Januari 2017.
 ??  ?? MALIGA A/p Rengasamy menerima cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat/Jenazah, atas kematian suami iaitu mendiang Pandian a/l Nadarajan pada 2 Ogos 2017.
MALIGA A/p Rengasamy menerima cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat/Jenazah, atas kematian suami iaitu mendiang Pandian a/l Nadarajan pada 2 Ogos 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia