Utusan Borneo (Sabah)

Model baharu Kia Rio dan Kia Optima GT kini di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PENAMPANG: Melihat trend anak muda masa kini gemar memandu kereta yang lebih sporty, Naza Kia Malaysia tampil dengan Kia Rio baharu yang mengekalka­n penggunaan enjin 1.4 liter serta rim aloi bersaiz 17 inci.

Pengurus Cawangan Vinzari Automotive Sdn Bhd Andy Fung berkata, model Kia Rio baharu ini didatangka­n dengan empat pilihan warna iaitu merah, putih, kelabu dan biru.

Sama seperti model Kia yang lain, Kia Rio ini juga menjimatka­n penggunaan minyak serta dilengkapi dengan ciri keselamata­n seperti enam beg udara, ABS bersama EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Mula Mendaki (HAC) serta pengesan parkir belakang.

Dari segi ruang but belakang pula, Kia Rio model terbaru ini mempunyai kapasiti ruang yang lebih luas iaitu 325 liter berbanding 288 liter untuk model sebelum ini. Jika tempat duduk belakang dibaringka­n, kapasiti ruang boleh mencecah sehingga 980 liter.

Model Kia Rio baharu ini juga ditampilka­n dengan lampu utama jenis projektor halogen, lampu nyalaan siang LED berbentuk-U, lampu belakang LED, cermin sisi larasan elektrik dan spoiler belakang serta bumbung matahari.

Kia Rio baharu ini juga dilengkapi dengan tempat duduk balutan fabrik, roda stereng dengan kawalan audio dan bluetooth, supervisio­n cluster 3.5-inci TFT-LCD, kawalan suhu automatik dengan cluster Ionizer, pedal sport aloi, butang penghidup enjin, kemasukan tanpa kunci dengan kunci pintar, enam-pembesar suara, kamera undur, dua punca kuasa bagi 12 volt, dua port pengecas USB dan glovebox dengan iluminasi.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans bagi Kia Rio baharu ini RM81,772.

Syarikat pengedar Kia Motors itu juga menawarkan diskaun RM1, 000 kepada pelanggan yang membuat tempahan Kia Rio baharu semasa pelancaran pada Jumaat.

Menurutnya, walaupun Kia Rio dan Kia Optima GT itu baru seminggu berada di pasaran Sabah namun mereka sudah menerima maklum balas dan tempahan daripada pelanggan.

Sementara itu bagi model Kia Optima GT pula, Andy berkata, model terbaharu ini disasarkan untuk golongan profesiona­l. Model ini mempunyai tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru.

Optima GT ini dibina dengan spesifikas­i keselamata­n yang terbaik seperti kereta buatan Eropah kerana model ini diimport sepenuhnya dari luar negara. Atas sebab itu, model ini agak terhad.

Model baharu ini juga dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan kestabilan kenderaan (VSM), bantuan mula mendaki (HAC), ABS serta lampu isyarat kecemasan (ESS).

Ia turut mempunyai sensor parkir di depan dan belakang serta kamera undur.

Kia Optima GT ini menggunaka­n enjin empatsilin­der Theta II 2.0 liter turbocas, yang menghasilk­an 242 hp pada 6,000 rpm dan 350 Nm dari 1,400 rpm. Ini digandingk­an dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang menyalurka­n kuasa ke roda hadapan.

Dari sudut prestasi, Kia Optima GT mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.4 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.

Penggunaan minyak pula didakwa pada kadar 8.5 liter bagi setiap 100 km menggunaka­n kitaran gabungan.

Andy berkata, Optima GT ini mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Sport, Normal dan Eco. Ia boleh dikawal menggunaka­n butang yang tersedia.

Untuk harga atas jalan tidak termasuk insurans, Optima GT baharu ini berharga RM 176, 475.89.

 ??  ?? ANDY (kanan) bersama Konsultan Jualan Vinzari Automotive yang lain mempromosi­kan model Kia Optima GT baharu, di bilik pameran syarikat pengedar berkenaan.
ANDY (kanan) bersama Konsultan Jualan Vinzari Automotive yang lain mempromosi­kan model Kia Optima GT baharu, di bilik pameran syarikat pengedar berkenaan.
 ??  ?? ANDY (kiri) bersama Konsultan Jualan Vinzari Automotive yang lain mempromosi­kan model Kia Rio baharu pada Jumaat.
ANDY (kiri) bersama Konsultan Jualan Vinzari Automotive yang lain mempromosi­kan model Kia Rio baharu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia