Utusan Borneo (Sabah)

Amalkan budaya saling menghormat­i

Konvoi Kembara Negaraku kini jelajah ke Daerah Penampang

-

PENAMPANG: Konvoi Kembara Negaraku Jabatan Penerangan Negeri Sabah meneruskan perjalanan ke Bahagian Pantai Barat Selatan dan menuju ke Daerah Penampang, pada Khamis.

Perjalanan sepanjang 25 kilometeri­tubermulad­iPekan Putatan dan acara pelepasan konvoi disempurna­kan oleh Pengerusi Barisan Nasional Daerah Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin, pada jam 9 pagi Khamis.

Konvoi dengan 11 kenderaan pacuan empat roda daripada pelbagai agensi kerajaan itu dijayakan 130 peserta berbasikal yang terdiri daripada ahli Persatuan Basikal Daerah Penampang, Persatuan Basikal North Borneo serta badan bukan kerajaan (NGO).

Sambutan konvoi diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak sebelum Sekolah Menengah (SM) St Michael dengan aktiviti menaikkan bendera dan penyerahan Jalur Gemilang oleh ketua konvoi Peter Tong Ah Pin kepada pengetua sekolah masingmasi­ng.

Konvoi juga membuat persinggah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph, SK St Aloysius, Tabika Kampung Limbanak, SMK Datuk Peter Mojuntin, SK Tunoh dan berakhir di Pekan Donggongan.

Sepanjang persinggah­an itu, konvoi disambut meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh para guru dan pelajar dengan penuh semangat, di samping laungan merdeka.

Selain itu, penduduk di kampung-kampung yang dilalui konvoi turut melambai-lambaikan tangan sambil rumah mereka dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah.

Setibanya di lokasi perasmian, peserta konvoi dan juga para pengunjung turut dihiburkan dengan persembaha­n buskers oleh artis-artis Pentarama Jabatan Penerangan.

Ketikaberu­capmerasmi­kan program itu, Pegawai Daerah Luvita Koisun menggesa masyarakat agar terus mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n kaum serta mengamalka­n budaya saling menghormat­i dalam kehidupan seharian.

Katanya, masyarakat seharusnya menyemarak­kan Bulan Kebangsaan dengan mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada perjuangan para pemimpin yangmembaw­apembangun­an dan kemakmuran negara.

Pada majlis itu, Luvita juga menyampaik­an hadiah kepada lima peserta basikal bertuah serta cenderahat­i kepada wakil-wakil jabatan dan pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.

Secara keseluruha­nnya, program itu dilihat menyasarka­n generasi muda bagi meningkatk­an lagi semangat patriotism­e dan jati diri sebagai anak Malaysia memandangk­an mereka adalah bakal peneraju kepimpinan negara pada masa depan.

“Masyarakat seharusnya menyemarak­kan Bulan Kebangsaan dengan mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada perjuangan para pemimpin yang membawa pembanguna­n dan kemakmuran negara.” LUVITA KOISUN Pegawai Daerah

 ??  ?? SAMBUTAN konvoi oleh para pelajar SMK Limbanak. MURID-murid SK St Aloysius turut mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh semangat.
SAMBUTAN konvoi oleh para pelajar SMK Limbanak. MURID-murid SK St Aloysius turut mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh semangat.
 ??  ?? DONALD (dua kiri) membuat pelepasan konvoi.
DONALD (dua kiri) membuat pelepasan konvoi.
 ??  ?? SEMANGAT kanak-kanak Taska Kg Limbanak dalam sambutan kemerdekaa­n.
SEMANGAT kanak-kanak Taska Kg Limbanak dalam sambutan kemerdekaa­n.
 ??  ?? LUVITA (tengah) bergambar bersama semua peserta konvoi serta guru dan pelajar SMK Limbanak.
LUVITA (tengah) bergambar bersama semua peserta konvoi serta guru dan pelajar SMK Limbanak.
 ??  ?? PENGIBARAN dan laungan merdeka daripada pelajar dan guru.
PENGIBARAN dan laungan merdeka daripada pelajar dan guru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia