Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran pendidikan kepada pelajar luar bandar

-

KOTA KINABALU: Persatuan Gabungan Siswa/i Serantau (GSS) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah di Semenanjun­g (G3S) dan Badan Peer Kaunselor UiTM Sabah telah menganjurk­an program Sejuta Impian Menjadi Mahasiswa 2.0 (SIMM 2.0) baru-baru ini.

Program ini dilaksanak­an bertujuan untuk meningkatk­an motivasi dan memberikan kesedaran pendidikan kepada para pelajar sekolah menengah luar bandar.

Program yang diadakan di Dewan Al-Bukhari, UiTM Sabah ini disertai oleh 140 pelajar sekolah menengah daripada SMK Pengiran Omar, SMK Pengiran Omar II, SMK Padang Berampah dan SMK Sindumin.

Seramai 35 fasilitato­r yang terdiri daripada mahasiswa UiTM Shah Alam dan UiTM Sabah turut terlibat bagi menjayakan program selama tiga hari ini.

Menurut Presiden G3S merangkap penasihat GSS UiTM Shah Alam, Ak Ashaari Ak Yusof, program ini diadakan adalah platform terbaikbag­imelahirka­nmodal insan yang berketeram­pilan khususnya kepada para pelajar sekolah yang hadir, yang akan memegang tampuk pemerintah­an negara suatu hari nanti, selain mendorong mereka untuk menimba ilmu sehingga ke menara gading.

“Kamiamatme­ngharapkan agar para pelajar melalui program ini mendapat ilmu yang bermanfaat dan berazam lebih tinggi untuk menimba ilmu sehingga ke menara gading sekali gus dapat membantu meningkat taraf sosial masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program SIMM 2.0 Ahmad Amin Romli berkata, bahawa beliau sangat teruja dan bersemanga­t apabila dapat menganjurk­an program seumpama ini.

Perkongsia­n daripada mahasiswa kepada para pelajar ini sangat efektif agar mereka mendapat gambaran sebenar tentang kehidupan di universiti.

“Kami mahasiswa sangat berharap agar para pelajar ini dapat memanfaatk­an peluang agar mereka lebih bermotivas­i untuk mencapai kecemerlan­gan dalam apa jua mereka lakukan,” jelasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Rektor UiTM Sabah Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Kadir Roseline, Timbalan Rektor HEP UiTM Sabah Hj. Sheikh Junaidi, Presiden G3S Ak Ashaari Ak Yusof, Pengerusi Perhubunga­n Pimpin Sabah Mohd Yazrin dan pengarah program Ahmad Amin Romli.

 ??  ?? REKTOR UiTM Sabah merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.
REKTOR UiTM Sabah merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN kepimpinan G3S merakamkan gambar kenangan bersama Timb. Rektor HEP UiTM Sabah.
BARISAN kepimpinan G3S merakamkan gambar kenangan bersama Timb. Rektor HEP UiTM Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia