Utusan Borneo (Sabah)

Latihan menguji kecekapan 266 pegawai, anggota sertai simulasi pesawat terbakar di LTT

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 266 pegawai dan anggota dari 12 jabatan dan agensi kerajaan menyertai latihan simulasi berskala penuh 2017 dwitahunan di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada Khamis.

Pengurus LTT Ya’akub Abu Bakar berkata, latihan itu bertujuan melatih semua pihak terlibat supaya sentiasa bersedia sekiranya berlaku insiden sebenar yang tidak diingini.

“Latihan ini juga diadakan untuk menguji kecekapan maklum-balas mengikut masa, kesiap-siagaan peralatan seperti jentera dan kecergasan kakitangan terlibat,” katanya.

Antara terlibat, Jabatan Penerbanga­n Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM LTT, Hospital dan Klinik Kesihatan Balung serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut serta, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Aerodarat, AirAsia, Telekom, Jabatan Imigresen dan Jabatan Air Tawau serta Airpott Fire Rescue Services (AFRS).

Latihan simulasi itu melibatkan situasi 72 mangsa termasuk 18 maut dalam kejadian pesawat ATR-72 dari Tarakan ke Tawau yang tergelinci­r dan tangki minyaknya terbakar.

Dalam kejadian itu, selain 18 orang yang dilaporkan maut, 11 orang lagi mengalami kecederaan parah, manakala 26 orang cedera ringan dan 17 tidak tercedera.

Insiden berlaku semasa pesawat milik Syarikan SEA Airlines dengan nombor pendaftara­n SA24817 itu melakukan pendaratan cemas di LTT kira-kira jam 11.30 pagi.

Pesawat terbabit dilaporkan membawa pelancong tempatan dan luar negara termasuk empat kru kabin dalam situasi pendaratan cemas sejauh 2.1km di landasan LTT.

Sewaktu pesawat dalam kedudukan ‘final approach’ iaitu 9.7km dari ‘threshold LLT,juruterban­gmendapati ‘undercarri­age’ gagal dikeluarka­n sepenuhnya.

Situasi itu menyebabka­n juruterban­g terpaksa membuat laporan kepada LTT dan mengisytih­arkan status semasa pesawat sebagai ‘full emergency, imminent crash’.

itu bertujuan melatih semua pihak terlibat supaya sentiasa bersedia sekiranya berlaku insiden sebenar yang tidak diingini. Latihan ini juga diadakan untuk menguji kecekapan maklum-balas mengikut masa, kesiapsiag­aan peralatan seperti jentera dan kecergasan kakitangan terlibat.” YA’AKUB ABU BAKAR Pengurus LTT

 ??  ?? PENUMPANG yang cedera parah diusung ke lokasi selamat untuk diberikan rawatan segera.
PENUMPANG yang cedera parah diusung ke lokasi selamat untuk diberikan rawatan segera.
 ??  ?? SERAMAI 266 pegawai dan anggota dari 12 jabatan dan agensi kerajaan menyertai latihan simulasi berskala penuh.
SERAMAI 266 pegawai dan anggota dari 12 jabatan dan agensi kerajaan menyertai latihan simulasi berskala penuh.
 ??  ?? SEORANG penumpang yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan.
SEORANG penumpang yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api di lokasi kejadian.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api di lokasi kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia