Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit Sense di TV3

kupas isu ekonomi & pengurusan kewangan untuk generasi muda

-

MASALAH perumahan, gaji minimum, industri ehailing dan pembelian atas talian merupakan isu semasa yang harus diketahui serta difahami oleh masyarakat Malaysia terutama generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Kembali untuk musim ketiga, Ringgit Sense memaparkan analisa ekonomi dan berita hangat tentang perniagaan yang menjadi tajuk utama di akhbar yang kini bersiaran secara langsung di TV3 pada setiap hari Isnin, jam 6.00 petang. Menampilka­n Azaria Tagaya, penyampai berita Buletin Utama dan Nightline sebagai hos, Ringgi Sense bukan sahaja disampaika­n dalam Bahasa Inggeris tetapi Azaria juga akan berkomunik­asi dalam Bahasa Malaysia, bersesuaia­n dengan tetamu jemputan yang hadir. Beliau akan menemurama­h Menteri atau Ketua Pegawai Eksekutif secara siaran langsung di studio selain turun ke lokasi untuk menyelongk­ar kisahkisah menarik di sebalik tabir sesebuah syarikat. “Dengan kupasan Azaria Tagaya yang lebih santai dan penggunaan bahasa yang mudah difahami, isu ekonomi dan pengurusan kewangan peribadi tidak akan menjadi perkara yang sukar difahami oleh generasi muda. Jadi, program ini dapat berkongsi tips pengurusan kewangan yang betul dan isu semasa tentang pertumbuha­n ekonomi negara. Kami ingin membantu mereka yang baru bekerja dan ada anak kecil. Perancanga­n kewangan amat penting pada peringkat umur ini kerana kesilapan hari ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada kewangan mereka,” kata Ooi Beng Cheang, penerbit eksekutif Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.

Episod pertama telah menampilka­n HansPeter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Lazada Malaysia untuk mengulas perubahan corak perbelanja­an rakyat Malaysia yang mula cenderung kepada pembelian atas talian sejak lima tahun ini.

Selain itu, Hans-Peter juga berkongsi rahsia kejayaan Lazada dan strategi mereka untuk berhadapan dengan cabaran dari pesaing. Bersama-sama dengan Kevin Lee, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Azaria juga meninjau operasi di gudang Lazada Malaysia.

Seterusnya, episod kedua akan menemurama­h pihak Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) tentang penguatkua­saan sistem e-panggilan (ehailing). Azaria juga akan menemurama­h individu yang memilih e-panggilan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Jangan lupa janji temu anda bersama Azaria Tagaya di Ringgit Sense (13 episod) terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad setiap Isnin, jam 6.00 petang di TV3 dan menyaksika­n program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton. com.my. Anda juga boleh melayari laman sosial Facebook Ringgit Sense TV3 untuk melihat video tambahan.

Layari laman web www. tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a untuk info terkini.

 ??  ?? HOS: Menampilka­n Azaria Tagaya, penyampai berita Buletin Utama dan Nightline sebagai hos, Ringgi Sense bukan sahaja disampaika­n dalam Bahasa Inggeris tetapi Azaria juga akan berkomunik­asi dalam Bahasa Malaysia, bersesuaia­n dengan tetamu jemputan yang...
HOS: Menampilka­n Azaria Tagaya, penyampai berita Buletin Utama dan Nightline sebagai hos, Ringgi Sense bukan sahaja disampaika­n dalam Bahasa Inggeris tetapi Azaria juga akan berkomunik­asi dalam Bahasa Malaysia, bersesuaia­n dengan tetamu jemputan yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia