Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan menarik di televisyen anda

-

SEBAGAI Rakyat Malaysia kita sepatutnya berterima kasih dan berbangga dengan peranan berkesan yang dimainkan oleh pasukan Senoi Praaq. Namun apakah yang dimaksudka­n dengan Senoi Praaq? Kenapa mereka dikenali sebagai Senoi Praaq?

Mungkin hanya sedikit kalangan kita terutama anak muda yang mengenali sejarah perjuangan mereka. Hakikatnya inilah pejuang yang tidak didendang walaupun perjuangan mereka sangat penting untuk kemerdekaa­n kita yang mencecah angka 60 pada tanggal 31 Ogos ini.

Khas meraikan sambutan hari kemerdekaa­n negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyuntik semangat perjuangan yang tinggi masyarakat mendekati dan lebih mengenali siapakah Senoi Praaq yang sebenarnya menerusi tayangan dokumentar­i bertajuk ‘Wira Belantara’ pada 31 Ogos ini, jam 2.30 petang di TV1.

Pastinya program diterbitan Unit Dokumentar­i dan Majalah RTM ini mampu menaikkan semangat semua penonton agar mencintai tanah air yang bertuah ini.

Senoi Praaq atau orang perang dalam bahasa Semai mempunyai perjalanan sejarah yang panjang dalam cerita tentang pasukan keselamata­n negara. Ditubuhkan pada 1956 dan hanya dianggotai oleh 10 pemuda Orang Asli dari Cameron Highlands, Pahang ketika itu.

Tugas utama adalah sebagai penjejak untuk menyekat keganasan komunis. Turut dikenali sebagai ‘silent killer’ oleh pihak British. Pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini, hanya dianggotai oleh kaum orang asli.

Amat digeruni oleh pihak komunis, terutama sekali apabila Sarjan Mejar Bersara Apot Ak Saad atau lebih dikenali dengan gelaran Big Nose menyertai operasi membantera­s komunis semasa darurat.

Ikuti kisah wira belantara daripada suku kaum Asli yang sehati sejiwa bersama pasukan elit Senoi Praaq sehingga hari ini. Saksikan pengiktifa­ran yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli amnya dalam dokumentar­i ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia