Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an dart eratkan hubungan warga Pohon Batu

-

LABUAN: Pertanding­an dart telah mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin dalam kalangan penduduk Kampung (Kg.) Pohon Batu.

Tiga pihak yang memainkan peranan penting menganjurk­an pertanding­an dart itu ialah Pemuda Umno Cawangan Pohon Batu, Persatuan Gabung Belia Pohon Batu (Gabpoba) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kg. Pohon Batu.

Seramai 50 pemain termasuk urusetia bertugas menyertai pertanding­an itu yang diadakan di Balai Raya Kg. Pohon Batu.

Pada pertanding­an itu, juara menjadi milik Jimie Jumadi Remie @ Madik manakala naib juara, Rosli Yussup @ Awai.

Tempat ketiga dan keempat bersama dimenangi Irzam Ihwan @ Ijam dan Irmezy Ihwan @ Rompin.

Supian Ibrahim, Supandi Abd.Aziz, Azlizan Aziz dan Zulremy Zulkifli @ Emy pula menduduki tempat 5/8 bersama.

Pemenang check bull eyes pertama ialah Mohd.Aidil Pekan manakala pemenang check bull eyes kedua ialah Irmezul Ihwan.

Majlis perasmian telah disempurna­kan olek Ketua Kampung Kg. Pohon Batu, Dasuki Haji Zainal.

Manakala majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Mohd. Izuandi Jaludin selaku Pengerusi Gabpoba Kg. Pohon Batu.

Turut menghadiri majlis penutupan itu ialah KK Dasuki, Ketua Pemuda Umno Pohon Batu, Reyno Osman dan Timbalan Ketua Pemuda, Roslan Baha.

Hadir sama Ketua Umno CawanganPo­honBatu,Haryadi Omar yang juga Pengerusi Masjid Al-Munawwar dan Pengerusi KRT.

Dasuki berharap menerusi program itu, hubungan erat antarapend­udukkampun­gakan terus terjalin bagi memudahkan mereka melaksanak­an lebih banyak program yang memberi manfaat kepada warga Kg. Pohon Batu.

Sementara itu, Izuandi yakin acara sukan mampu mengeratka­n hubungan silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan peserta tetapi juga penduduk kampung sama ada golongan belia, dewasa mahupun warga emas.

“Penganjura­n sukan diyakini mampu mengelak golongan belia daripada melakukan perbuatan yang negatif seperti penyalahgu­naan dadah dan lepak. Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan pertanding­an dart itu,” katanya.

 ??  ?? JIMIE (kanan) menerima hadiah johan daripada Izuandi sambil diperhatik­an Rosli (kiri).
JIMIE (kanan) menerima hadiah johan daripada Izuandi sambil diperhatik­an Rosli (kiri).
 ??  ?? DASUKI (kanan) menyempurn­akan majlis perasmian pertanding­an dart di Balai Raya Kg. Pohon Batu.
DASUKI (kanan) menyempurn­akan majlis perasmian pertanding­an dart di Balai Raya Kg. Pohon Batu.
 ??  ?? PEMENANG pertanding­an dart bergambar kenangan.
PEMENANG pertanding­an dart bergambar kenangan.
 ??  ?? NAIB juara, Rosli Yussup @ Awai (kanan) menerima hadiah daripada Izuandi.
NAIB juara, Rosli Yussup @ Awai (kanan) menerima hadiah daripada Izuandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia