Utusan Borneo (Sabah)

PBU kalah 2-3 ke atas YB’S Team

-

KOTA BELUD: Pasukan Pejabat Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU), Jabatan Penerangan Sabah menamatkan perlawanan persahabat­an bola sepak dengan kekalahan 2-3 ke atas TB’s Team di Kampung Piasau, dekat sini.

Permainan kedua-dua pasukan mula rancak apabila PBU menyumbat gol sulung penyerang, Asri Asmarul pada minit ke-10, diikuti serang balas YB’s Team menerusi tendangan penjuru oleh Sisom Awang pada minit ke-25.

Pada separuh masa kedua, PBU yang berjersi merah kemudian berjaya membolosi gawang lawan menerusi hantaran lintang kapten PBU, Supian Musa dan disempurna­kan pemain tengah, Jais Lakub pada minit ke-53.

Bagaimanap­un, permainan PBU seakan hilang rentak pada akhir masa kedua apabila YB’s Team meledak dua gol berturut sekaligus menewaskan penjaga gol berpengala­man, Shariff Ahmad Shah Sharif Mundui masing-maing pada minit ke-65 dan ke-80.

Dua gol YB’s Team itu disumbangk­an kapten yang juga penyerang berbisa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad.

Menyaksika­n perlawanan tersebut Pengarah Penerangan Sabah Suwady Guliling yang memaklumka­n perlawanan berkenaan bertujuan mengenenga­hkan sukan bola sepak sebagai platform untuk merapatkan silaturahi­m antara warga jabatan dengan rakan strategik, di samping mempromosi baju T Kembara Merdeka Negaraku.

Tambahnya, program itu juga sempena Program Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Daerah Kota Belud dan konvoi akan meneruskan perjalanan ke Daerah Pitas, Kota Marudu dan berakhir di Kudat pada Jumaat.

Konvoi Kembara Merdeka Negaraku dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman di ibu negeri pada 1 Ogos dan akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah dengan mesej menyemarak­kan bulan kebangsaan.-Penerangan.

 ??  ?? SUWADI (lima dari kanan) menyerahka­n baju Kembara Merdeka Negaraku kepada Jeremy.
SUWADI (lima dari kanan) menyerahka­n baju Kembara Merdeka Negaraku kepada Jeremy.
 ??  ?? PASUKAN PBU diketuai Supian (empat dari kanan, belakang) bergambar bersama Suwady (empat dari kiri).
PASUKAN PBU diketuai Supian (empat dari kanan, belakang) bergambar bersama Suwady (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia