Utusan Borneo (Sabah)

Tonton separuh akhir Malaysia-Indonesia dengan semangat kesukanan

-

PETALING JAYA: Penyokong Malaysia dan Indonesia disaran menikmati aksi separuh akhir saingan bola sepak lelaki antara kedua-dua negara itu malam ini dengan semangat kesukanan yang tinggi dan mengetepik­an perkara yang tidak berkaitan dengan sukan nombor satu dunia itu.

Ketua jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee berkata kehadiran penyokong amat penting sebagai motivasi kepada pemain tetapi mereka diingat menjaga tingkah laku dan mematuhi arahan ketika menonton saingan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu di Stadium Shah Alam.

“Kita harus tahu ini adalah pertanding­an bola sepak. Segala isu selain bola sepak harus diketepika­n kerana apa yang penting perlawanan esok (malam ini) perlu menjadi satu aksi yang cukup menarik untuk ditonton.

“Kita tidak mahu perkaraper­kara yang tidak sepatutnya berlaku sebelum mahupun selepas perlawanan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan separuh akhir di sini, pada Jumaat.

Turut berkongsi pandangan sama ialah pembantu ketua jurulatih Indonesia, Bima Sakti yang menyifatka­n pertanding­an bola sepak adalah medium untuk menguatkan lagi tali persaudara­an dan hubungan kedua-dua negara.

“Esok (malam ini) hanyalah satu pertanding­an bola sepak dan kami (pasukan Indonesia) akan berjuang demi sukan itu. Saya berharap penyokong Indonesia dapat menjaga kerukunan dan persaudara­an baik kedua-dua negara,” katanya.

Pada aksi separuh akhir malam ini, Malaysia yang menjuarai saingan Kumpulan A akan berdepan Indonesia selepas skuad ‘Garuda’ itu menamatkan saingan kumpulan B di tempat kedua.

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir yang dijadual berlangsun­g pada sebelah petang akan menemukan juara bertahan, Thailand selaku juara kumpulan B dan naib juara kumpulan A, Myanmar di Stadium Selayang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia