Utusan Borneo (Sabah)

PUBA sasar ke final Piala SABA

Piala SABA di Tawau pada September

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Keranjang Putatan (PUBA) bertekad memberi cabaran sengit pada edisi ke-26 Kejohanan Bola Keranjang Antara Daerah Piala SABA 2017 di Tawau bulan depan.

Pengerusi baharu PUBA, Tai Ket Hau malahan mensasarka­n pasukan lelakinya mara ke final kejohanan peringkat negeri yang akan berlangsun­g di Stadium Tertutup Bola Keranjang, Tawau pada 1-6 September depan itu.

Menurutnya, PUBA telah membuat persiapan dan bersedia termasuk telah mengenalpa­sti pemain terbaik untuk disandarka­n merealisas­ikan tekad mereka pada kejohanan itu.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Dan Pemilihan PUBA di Dewan Serbaguna Luyang barubaru ini.

Pertanding­an dan pemilihan PUBA itu dirasmikan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Majin Mojigoh.

Mojigoh mengalualu­kan usaha PUBA yang diharapkan­nya dapat mengembali­kan kegemilang­an bola keranjang daerah itu.

Pertanding­an yang dijalankan secara liga satu pusingan itu menyaksika­n pasukan Marlins yang diperkuatk­an bekas pemain kebangsaan, Leong Kar Fatt muncul juara selepas menang semua tiga perlawanan.

Marlins mengesahka­n gelaran juara selepas menang 68-66 ke atas UGBC pada perlawanan terakhir yang sengit dan menarik.

UGBC terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua manaka tempat ketiga adalah Basel BC dan keempat Dekojuta.

Tai berterima kasih kepdaa semua yang membantu menjayakan­pertanding­andan pemilihan itu terutamany­a Mojigoh, Dekojaya yang diwakili Daniel Hoong, Lucky Bean (Sofian Koh) dan Kingfisher serta Ring Projects Corporatio­n yang telah menaja pakaian pasukan.

Turut diumumkan adalah senarai pemain yang terpilih mewakili PUBA ke kejohanan peringkat negeri iaitu Leong Kar Fatt, Kevin Ng, Lua Yew Hock, Kevin Ian, Mark Moses Thien, Phan Vui Chuan, Nelson Bong, Bobby Ng, Simon Tsen, Nelson Ei, Romeo Ho dan Sean Ting.

Leong juga dipikulkan tugas sebagai jurulatih dan dibantu Kevian Ian manakala Tai adalah pengurus pasukan, Wong Vai harum (pegawai) dan Stanley Lee (pengadil).

 ??  ??
 ??  ?? MOJIGOH (bertopi) menyerahka­n jersi kepada Tai semasa perasmian Pertanding­an Dan Pemilihan PUBA.
MOJIGOH (bertopi) menyerahka­n jersi kepada Tai semasa perasmian Pertanding­an Dan Pemilihan PUBA.
 ??  ?? MOJIGOH sedia melakukan lambungan bola sebagai simbolik perasmian pertanding­an.
MOJIGOH sedia melakukan lambungan bola sebagai simbolik perasmian pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia