Utusan Borneo (Sabah)

SUBSIDI RM40,000

Untuk setiap RBN di Sabah dan Sarawak

-

LAHAD DATU: Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM40,000 untuk kos pembinaan setiap Rumah Bina Negara (RBN) di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata RBN dilaksanak­an menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dengan harga RM45,000 yang dipersetuj­ui untuk diselarask­an di seluruh negara oleh perdana menteri.

Beliau berkata untuk Sabah dan Sarawak, kerajaan menanggung subsidi pembinaan setiap rumah RBN lebih besar iaitu RM40,000 berbanding RM20,000 di Semenanjun­g.

“Kerajaan mahu harga rumah sama dan tiada perbezaan bagi memastikan rakyat di seluruh negara mendapat manfaatnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Silam di sini, Sabtu.

Justeru, katanya permohonan RBN dibuka di negeri ini dan pemohon boleh mendapatka­n borang permohonan di pejabat Risda.

Ismail Sabri berkata antara kriteria pemohon adalah mereka yang tiada rumah sendiri dengan syarat kena tinggal di rumah itu dan bukan dibina hanya untuk disewa.

Selain itu, tapak untuk binaan rumah pula mestilah tanah sendiri atau sudah mendapat kebenaran daripada tuan tanah.

Beliau berkata dari segi pinjaman, Agro Bank telah memudahkan syarat pinjaman dari segi slip gaji yang hanya perlu bukti pendapatan dan boleh disahkan oleh Anggota Parlimen, Ketua Umno Bahagian dan juga Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung.

Tiada had permohonan RBN di negeri ini dengan tempoh pembinaan setiap rumah mengambil masa kirakira setahun enam bulan, katanya.

Beliau berkata pembinaan RB N memberi peluang kepada belia luar bandar yang tidak mempunyai rumah terutama yang sudah berkahwin, untuk memiliki rumah sendiri. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia