Utusan Borneo (Sabah)

Ingati tarikh sama penting, 31 Ogos dan 16 September

-

TAWAU: Majlis Penyerahan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n SJKC Yuk Chin Tawau disambut meriah pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Media Desa, Koh Kian Leong, menyumbang 1,870 Jalur Gemilang jenis pegangan tangan kepadaTadi­ka Yuk Chin dan SJKC Yuk Chin Tawau, sebagai sokongan kepada pendidikan Cina di samping memupuk dan meningkatk­an semangat patriotik dalam kalangan murid.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Koh menyeru setiap murid agar mengingati tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaa­n negara kita, manakala tarikh 16 September adalah Hari Malaysia.

Katanya, kedua-dua tarikh berkenaan amat penting bagi negara ini.

Pada masa sama, beliau berharap murid-murid dapat berasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan turut mewarisi semangat patriotik dan cintakan negara.

“Saya berharap murid-murid menunjukka­n semangat patriotik, menghormat­i lambang negara, iaitu lagu Negaraku dan Jalur Gemilang, menghormat­i pemimpin dan kaum lain.

“Kita sebagai rakyat Malaysia merupakan kumpulan teristimew­a, kerana rakyat Malaysia dapat bersama-sama menikmati keamanan dan kemakmuran dalam suasana harmoni walaupun berbilang kaum, budaya dan agama,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Penasihat Syarikat Media Desa, Matthew Lo Park Hin.

Koh berkata Syarikat Media Desa memberi sumbangan Jalur Gemilang kepada sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial syarikat terhadap masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, katanya, pihak syarikat akan terus menaja sumbangan Jalur Gemilang kepada sekolah.

Pengedaran Jalur Gemilang kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga telah dijalankan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau yang membabitka­n 5,000 Jalur Gemilang sebelum ini.

Dalam pada itu, Matthew juga telah mewakili syarikat menyerahka­n 470 Jalur Gemilang kepada Tadika Yuk Chin Tawau dan diterima oleh Pengurus Tadika, Chong Nyuk Lean.

Manakala Koh menyerahka­n 1,400 batang Jalur Gemilang kepada SJKC Yuk Chin Tawau dan diterima oleh Guru Besar, Chang Li Yun.

Kedua-dua majlis penyerahan Jalur Gemilang itu disaksi oleh wakil Lembaga Pengurusan sekolah, Pan Pit Chun dan Tai Yong Wu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia