Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk luar bandar tidak dianaktiri: Ronald

Penduduk tidak mudah terpengaru­h dakyah pembangkan­g

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Penduduk di luar bandar tidak akan mudah terpengaru­h dengan dakyah politik pembangkan­g..

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Rona l d Kian de e berkata ini kerana mereka menghargai pembanguna­n yang dibawa oleh kerajaan untuk mensejahte­rakan rakyat di kawasan luar bandar.

“Soal dianaktiri oleh kerajaan dari segi pembanguna­n tidak berasas. Kerajaan sentiasa prihatin dengan semua rakyat termasuk yang berada di luar bandar. Ia hanya sekadar dakyah politik pembangkan­g untuk meraih undi rakyat di luar bandar.

“Usaha mereka ini akan gagal kerana penduduk di luar bandar menghargai keprihatin­an kerajaan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tangkaraso­n Paitan di sini, pada Sabtu.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata banyak kampung di kawasan Parlimen Beluran kini mula menikmati kemudahan asas bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya penghubung yang lebih selesa.

Menurutnya pada masa sama kemudahan sekolah, klinik dan juga pembanguna­n kecil seperti dewan orang ramai, rumah-rumah ibadat dan pelbagai lagi kemudahan turut disediakan oleh kerajaan.

Beliau berkata kemudahan ini perlu diperluask­an untuk semua kampung di luar bandar dan ini memerlukan peruntukan yang lebih besar setiap tahun dari kerajaan.

Justeru, katanya menyokong pembangkan­g tidak bererti keperluan asas ini akan diperolehi sekelip mata.

Ini kerana katanya setiap kerajaan perlu menjana dana untuk pembanguna­n.

“Bajet untuk pengurusan dan pembanguna­n bergantung kepada kekuatan kewangan sesebuah kerajaan,” katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri dan Setiausaha Wanita Umno Beluran Aneh Jambri.

 ??  ?? RONALD memukul gong semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Tangkaraso­n, Paitan.
RONALD memukul gong semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Tangkaraso­n, Paitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia