Utusan Borneo (Sabah)

Perluaskan penganjura­n Belcar

Usaha tingkat penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Selaras usaha melahirkan graduan bidang teknikal dan vokasional (TVET) yang mampu berkomunik­asi dan memahami Bahasa Inggeris dengan baik, Karnival Bahasa Inggeris Borneo (Belcar) 2017 diharap dapat dianjurkan setiap tahun.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap berkata pelajar TVET perlu memanfaatk­an peluang yang ada ini untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka. Ini akan memudahkan mereka memperoleh pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.

Beliau berkata program sebegini akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris tanpa merasa malu sekiranya tersilap tatabahasa.

“Saya ingatkan kepada pelajar yang ada di sini supaya tidak merasa malu jika diketawaka­n apabila tersilap ketika bertutur dalam Bahasa Inggeris.

“Saya harap program ini akan dianjurkan setiap tahun dan jika boleh diperluask­an lagi sehingga ke peringkat Asia,” katanya ketika berucap merasmikan Program Karnival Bahasa Inggeris Borneo (Belcar) 2017, di sini pada Sabtu.

Di peringkat kementeria­n, mereka akan terus menyokong usaha yang membantu meningkatk­an kebolehan pelajar dalam Bahasa Inggeris.

Program yang bermula pada 24-26 Ogos ini disertai seramai 128 orang pelajar dari Sabah dan Sarawak.

Dalam program ini, peserta berpeluang menggunaka­n Bahasa Inggeris dengan lebih santai dan kreatif melalui aktiviti yang dilaksanak­an seperti Language Explorace dan Talentime Competitio­n.

Aktiviti Language Explorace Team dimenangi oleh pasukan The Choosen One manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Hustle The Bustle dan T.I.A.

Untuk pertanding­an nyanyian solo dimenangi oleh Nurerfarin­a Famizah Mohd Razali dari Politeknik Kota Kinabalu dinobatkan sebagai juara.

Saya harap program ini akan dianjurkan setiap tahun dan jika boleh diperluask­an lagi sehingga ke peringkat Asia. DATUK DR MARY YAP Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

 ??  ?? MARY (lima kiri) bersama Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Zainab Ahmad (empat kiri) bergambar dengan The Choosen One, pemenang Language Explorace Team.
MARY (lima kiri) bersama Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Zainab Ahmad (empat kiri) bergambar dengan The Choosen One, pemenang Language Explorace Team.
 ??  ?? MARY dan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Zainab Ahmad bergambar dengan peserta Program Karnival Bahasa Inggeris Borneo (Belcar).
MARY dan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Zainab Ahmad bergambar dengan peserta Program Karnival Bahasa Inggeris Borneo (Belcar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia