Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 600 anak cilik sertai Program Simulasi Haji Cilik 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lebih 600 kanak-kanak cilik berusia 6 hingga 7 tahun dari 37 Tadika Islam dan pelajar kelas Kafa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Program Simulasi Haji Cilik 2017 yang berlangsun­g pada Sabtu.

Penganjura­n kali kedua itu berjaya dilaksanak­an di Masjid UMS dengan peningkata­n jumlah peserta berbanding tahun lepas iaitu hanya 500 peserta.

Pengerusi Persatuan Tadika Islam Sabah( P erti s) F ari z a Jim m y berkata, pihaknya komited memberikan perkhidmat­an terbaik kepada anak-anak dan masyarakat secara umumnya.

“Program ini kita sudah jadikan sebagai aktiviti tahunan setiap kali menjelangn­ya musim ibadah haji.

“Alhamdulil­lah, pada hari ini kita dapat mengumpulk­an anak-anak di Dataran Pusat Islam UMS untuk menjalanka­n aktiviti haji secara praktikal walaupun ia memberi cabaran yang besar kepada kami untuk menjayakan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Simulasi Haji Cilik 2017 peringkat negeri Sabah di sini pada Sabtu.

Program disempurna­kan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Abdul Hadi Mohd Kassim mewakili Menterinya merangkap Naib Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Fariza berkata, objektif program bagi memberi pendidikan awal kepada anakanak cara melakukan ibadah haji yang menjadi rukun Islam kelima.

Katanya, kesedaran perlu ditanam dalam diri anak-anak untuk membentuk jiwa dan peribadi mereka menjadi muslim yang baik.

“Secara praktikal, simulasi ini akan memberi kefahaman kepada mereka amalan-amalan yang dilakukan oleh para jemaah haji di Mekah.

“Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan oleh Pusat Islam UMS yang menjadi rakan strategik kami dalam menganjurk­an pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Rosnah dalam ucapannya berkata, program Simulasi Haji Cilik menjadi medan mendidik dan mengasuh anak-anak di peringkat usia muda untuk memahami dan menghayati pengertian ibadah haji.

“Syabas kepada Pertis kerana mengambil inisiatif yang baik dan produktif dalam menganjurk­an program yang sangat memberi manfaat dan bermakna kepada kita semua.

“Bukan satu kerja yang mudah untuk kita menguruska­n ramai anak-anak dan melakukan aktiviti haji yang mempunyai peraturan dan tatacara tertentu,” jelasnya.

Justeru, beliau mengajak ibu bapa supaya mendidik anak masing-masing menabung lebih awal sebagai satu cara yang berkesan mengekalka­n momentum ibadah haji dalam diri mereka.

Hadir sama Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS Profesor Dr Zainal Arifin Mustapha.

 ??  ?? PESERTA dari Tadika Ummi Al Hidayah merakam gambar kenangan bersama pembimbing dan guru pengiring mereka pada program berkenaan.
PESERTA dari Tadika Ummi Al Hidayah merakam gambar kenangan bersama pembimbing dan guru pengiring mereka pada program berkenaan.
 ??  ?? KANAK- kanak cilik sedang melakukan salah satu rukun haji pada program berkenaan.
KANAK- kanak cilik sedang melakukan salah satu rukun haji pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia