Utusan Borneo (Sabah)

MyWIN perlu lahirkan lebih ramai usahawan wanita: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Akademi MyWIN melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang mempunyai kemahiran canggih bidang perniagaan berorienta­sikan keperluan masa depan dan perkembang­an teknologi.

Beliau berkata Akademi MyWIN memberi penekanan kepada dua perkara asas – wanita dan inovasi -iaitu bidang utama dalam ekosistem inovasi negara.

“Inovasi tidak mengira gender dan sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab, kami percaya dalam mengambil pendekatan holistik memberi sokongan kepada semua segmen dalam masyarakat dan kaum wanita tidak ketinggala­n untuk dibantu dalam memenuhi usaha dan impian mereka.

“Satu daripada kumpulan sasaran Akademi MyWIN sudah tentunya usahawan,” katanya semasa merasmikan Akademi MyWIN di sini malam Sabtu.

Turut hadir ialah Pengerusi Akademi MyWIN yang juga Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas di Jabatan Pedana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Penubuhan MyWIN diluluskan oleh Kabinet pada 2014 sebagai institusi yang memacu inovasi transforma­tif untuk memperkasa wanita dalam daya kepimpinan dan keusahawan­an.

Najib berkata wanita yang menjalani latihan di akademi itu akan dibentuk kemampuan mereka untuk berupaya menyumbang kepada negara dan berjaya di peringkat serantau dan global.

Satu daripada usaha MyWIN ialah menganjurk­an program PEAK (Pencapaian, Pemerkasaa­n, Pemecutan dan Pengetahua­n) bertujuan membentuk pemimpin wanita yang akan menjadi tokoh disegani dalam bidang masing-masing.

Perdana menteri percaya program PEAK telah berjaya merubah tahap pemikiran kaum wanita yang menjalani program itu membuka mereka kepada ruang-ruang baharu untuk berjaya,

“Saya berbangga dengan 366 wanita yang memperoleh manfaat daipada program PEAK dan saya juga telah menerima surat terima kasih daripada beberapa daripada mereka,” katanya.

“Saya diberitahu terdapat beberapa wanita yang hilang pekerjaan atau meninggalk­an kerjaya mereka untuk fokus kepada keluarga dan melalui program PEAK, ramai daripada mereka ini kini menjadi usahawan dan inovator yang berjaya,” kata Najib.

Beliau berkata sesetengah daripada mereka telah berjaya merealisas­ikan impian dengan mempunyai perniagaan sendiri, antara mereka ialah Faridah Halina Zairi, yang sebelum ini menganggur tetapi kini memiliki perusahaan kafe sendri dan mengambil anak-anak muda bekerja dengannya dan yang lain seperti Ku Hasnur Afiza, menerima bantuan dana daripada pelbagai agensi kerajaan untuk menghidupk­an idea inovasi mereka.

“Dan bagi wanita seperti Puvanesvar­i Subramania­m, kini beliau mampu memajukan perniagaan ke tahap lebih tinggi tetapi apa yang lebih ketara ialah bagaimana semua wanita ini menulis menghargai program PEAK yang telah membina keyakinan dan memperkasa mereka untuk menjadi wanita yang membawa perubahan,” katanya.

Cerita seperti ini ialah testimoni kejayaan program kepimpinan seperti MyWIN, katanya

Kepada lulusan program PEAK dan juga wnaita muda di bawah program Wanita dan Misi, Najib berharap mereka akan meneruskan kecemerlan­gan ini dan menggunaka­n ilmu yang dipelajari dalam MyWIN untuk menyumbang pula kepada masyarakat, katanya.

Perdana menteri berkata Malaysia telah mengorak langkah besar sejak mengumumka­n Program Transforma­si Ekonomi 2010.

“Ada yang memandang rendah terhadap usaha kita, pihak pembangkan­g sengaja memutar belit rekod kerajaan tetapi kita membuktika­n sebaliknya apabila pertumbuha­n suku kedua menunjukka­n perkembang­an 5.7 peratus.

Yang terbaru awal minggu ini IKEA – satu daripada peruncit perabot terkemuka dunia, mengumumka­n akan melabur RM908 juta membuka pusat pengedaran dan pembekalan terbesar serantau di Malaysia,” katanya mengenai kejayaan ETP. -Bernama

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia