Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah penyertaan meningkat

190 kontinjen perbarisan sertai Hari Kebangsaan 2017

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTAK INA BALU: Kira kira 190 kontinjen perbarisan akan mengambil bahagian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata jumlah penyertaan berkenaan dilihat meningkat berbanding penganjura­n sebelumnya.

“Pada tahun ini, suka saya menyatakan bahawa pasukan perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2017 bertambah kira-kira 190 kontinjen dari pegawai-pegawai kerajaan yang kita jemput sama ada negeri mahupun persekutua­n.

“Apa yang kita tahu kirakira seramai 5,000 pegawai dari kerajaan negeri dan 5,000 lagi dari persekutua­n menyertain­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Aspirasi Merdeka RTM 2017 di Muzium Sabah pada Sabtu.

Tambahnya penyertaan kontinjen berkenaan juga termasukla­h kenderaan, asetaset tentera, Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Hajiji yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah menyeru kepada masyarakat seluruh negeri untuk memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan 2017 dengan mengibarka­n bendera bukan sahaja di premis tetapi juga di kediaman masing-masing.

Hal demikian kerana semangat mengibarka­n bendera dalam kalangan masyarakat masih kurang memuaskan.

“Memang di daerah-daerah juga kita bekalkan jalur gemilang dan bendera negeri namun masih kurang yang mengibarka­nnya.

“Tetapi terdapat juga NGO dan persatuan-persatuan belia kita yang mana mereka sendiri mengambil inisiatif untuk membeli bendera serta memasangny­a di kampung masing-masing.

“Jadi apa yang kita mahu adalah supaya rakyat kita menyumbang sedikit sebanyak untuk kegunaan mereka sendiri membeli bendera dan kalau ada para penderma yang berkemampu­an boleh juga membuat sumbangan mereka,” katanya.

Sementara itu, katanya, program anjuran RTM berkenaan dilihat satu inisiatif yang harus diteruskan setiap tahun.

“Bagi saya ia cukup baik kerana satu inisiatif yangs perlu kita teruskan, usahakan dan hargai kerana ianya melibatkan golongan muda atau golongan murid sekolah.

“Program seumpama ini dapat menanam nilainilai murni dan semangat kebangsaan dalam kalangan msayarakat bermula dari bawah atau kanak-kanak lagi,” jelasnya. Turut hadir Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi dan Pengarah Jabatan Muzium Sabah Sintiong Gelet.

Pada tahun ini, suka saya menyatakan bahawa pasukan perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2017 bertambah kira-kira 190 kontinjen dari pegawai-pegawai kerajaan yang kita jemput sama ada negeri mahupun persekutua­n. DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

 ??  ??
 ??  ?? MALINAZIAH (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sintiong (kiri) sambil disaksikan oleh Hajiji (tengah) pada program berkenaan.
MALINAZIAH (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sintiong (kiri) sambil disaksikan oleh Hajiji (tengah) pada program berkenaan.
 ??  ?? GAMBAR kenangan para peserta bersama Hajiji pada akhir program.
GAMBAR kenangan para peserta bersama Hajiji pada akhir program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia