Utusan Borneo (Sabah)

Model baharu Ford Ranger dipamerkan di Imago

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sime Darby Auto Co n n e x ion( SD A C) pengedar tunggal Ford di Malaysia akan mempamerka­n model terbaharu Ford Ranger di sini bermula Sabtu.

Pameran yang diadakan pada 26 Ogos sehingga 27 Ogos ini bertempat di pusat membeli belah Imago KK Times Square.

Pameran itu akan bermula seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam manakala sesi pandu uji akan diadakan dari 10 pagi sehingga 7 malam.

Antara model Ford Ranger yang dipamerkan adalah 3.2L Wildtrak Limited jet black.

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang mendapat rebat sebanyak RM6,000 termasukla­h hadiahhadi­ah menarik yang eksklusif sempena dengan ‘Ford Truck Month’.

Tawaran istimewa itu bermula sekarang sehingga 31 Oktober depan dan para pelanggan boleh menempah Ford Ranger WildTrak dari pengedar-pengedar sah di seluruh negara.

Tahun ini juga adalah ulangtahun trak Ford yang ke-100 sejak ia mula mengukir nama dalam sejarah industri automotif pada 29 Julai, 1917 sebagai trak pikap paling ikonik.

“Ini adalah ujian masa yang paling menakjubka­n bagi trak- trak Ford dengan ciri-ciri kepimpinan, inovasi, keupayaan dan ketahanan seabad lamanya,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan SDAC.

Beliau berkata, SDAC amat berbangga dan berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari sambutan 100-tahun trak Ford.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil peluang ini untuk membuat pilihan yang bijak dan menempah trak hebat ini,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mengenal lebih dekat dengan model-model yang dipamerkan itu bolehlah datang ke pusat membeli Imago untuk pandu uji kenderaan lasak itu.

 ??  ?? (Gambar atas & bawah) MODEL Ford Ranger yang dipamerkan selama dua hari di Imago.
(Gambar atas & bawah) MODEL Ford Ranger yang dipamerkan selama dua hari di Imago.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia