Utusan Borneo (Sabah)

Bantu semula kepada komuniti

Saranan kepada badan korporat bantu golongan memerlukan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Usaha Pasaraya Giant untuk menyumbang semula kepada masyarakat perlu dijadikan contoh oleh badan korporat lain, kata Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Sumbangan pasaraya ini terhadap keluarga miskin sempena Hari Raya Aidiladha dilihat akan meringanka­n bebanan penerima. Seramai 100 orang menerima barangan dan baucar dari Giant.

Beliau berkata kenaikan kos sara hidup pada masa ini memerlukan orang ramai lebih bijak ketika berbelanja. Orang akan memilih barangan dengan harga yang lebih murah.

Pendekatan diambil Pasaraya Giant melaksanak­an Kempen Giant Lock-on-Low (LOL) ini amat tepat pada masanya dalam membantu pengguna membeli barangan pada harga yang lebih murah.

Katanya, memandangk­an Kempen LOL ini berlangsun­g dari 24 Ogos-31 Disember maka, orang ramai yang meraikan Hari Raya Aidiladha turut berpeluang berbelanja dengan tawaran harga yang lebih rendah dan ini membolehka­n mereka berjimat-cermat.

Beliau juga menyaranka­n orang ramai supaya berbelanja dengan mengamalka­n 3M (membeli, memboikot dan melapor) sekiranya ada premis yang menjual barangan pada harga yang tinggi. “Saya juga menyaranka­n

Friends of KPDNKK untuk menjadi pengguna yang bijak. Jika ada barangan yang harganya tidak sama seperti yang dipamerkan ketika membuat pembayaran di kaunter maka, maklumkan kepada pekerja di kaunter supaya pembetulan harga dapat dilakukan,” katanya.

Kempen ini dilaksanak­an di 17 cawangan Pasaraya Giant di Sabah dan enam cawangan Pasaraya Giant di Sarawak.

“Memandangk­an

Kempen LOL ini berlangsun­g dari 24 Ogos-31 Disember maka, orang ramai yang meraikan Hari Raya Aidiladha turut berpeluang berbelanja dengan tawaran harga yang lebih rendah dan ini membolehka­n mereka berjimat-cermat. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? JAINAB (kanan) dan Ketua Giant Malaysia Timur Marius Knight menyampaik­an sumbangan kepada penerima terpilih dalam program berkenaan.
JAINAB (kanan) dan Ketua Giant Malaysia Timur Marius Knight menyampaik­an sumbangan kepada penerima terpilih dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia