Utusan Borneo (Sabah)

Yahya dan Raymond diberi taklimat MOIBF 2017

-

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan rakan sejawatann­ya Datuk Seri Panglima Ra y m o n d Tan telah diberi taklimat mengenai MARA OISCA Internatio­nal Business Forum (MOIBF 2017) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada bulan November oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan­an) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Zulfikri Osman dan Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Haji Yusof Yacob di bilik mesyuarat Wisma Pertanian Sabah, di sini pada Jumaat.

MOIBF akan diadakan pada 13-15 November di sebuah hotel terkemuka yang akan melibatkan penyertaan para pelabur dan usahawan daripada negara Jepun.

Menurut Zulfikri, industri yang menjadi fokus forum antarabang­sa itu ialah pertanian (agricultur­e), makanan dan minuman (food

& beverage) dan pelanconga­n (tourism).

Forum itu merupakan acara tahunan MARA melibatkan perniagaan dan pelaburan melintas sempadan yang akan memberi faedah kepada usahawan tani di negeri ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Negeri Ahmad Awang Hashim, Pengarah Pertanian Negeri Idrus Shafie, Pengurus Besar Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) Datuk Basrun Datu Mansor dan Pengarah MARA Negeri Suhaimi Zainuddin.

Juga hadir ialah Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan Zahari Aziz, Timbalan Pengarah MARA Negeri (Perkhidmat­an Pengurusan) Mohd. Norhisyam Mahayudin dan Penolong Pengarah (Bahagian infrastruk­tur komersial) Ajahar Abdul Latip.

 ??  ?? YAHYA menerima cenderamat­a daripada Dr.Yusof sambil diperhatik­an oleh Raymond Tan (lima dari kanan), Zulfikri (empat dari kanan) selepas majlis taklimat itu.
YAHYA menerima cenderamat­a daripada Dr.Yusof sambil diperhatik­an oleh Raymond Tan (lima dari kanan), Zulfikri (empat dari kanan) selepas majlis taklimat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia