Utusan Borneo (Sabah)

Mantap diri dengan ilmu kehidupan

Peringatan Yahya kepada generasi pasca Merdeka

-

KOTA KINABALU: Generasi pasca Merdeka perlu memantapka­n diri dengan ilmu dalam semua aspek kehidupan termasuk teknologi agar tidak mudah terpedaya oleh anasir yang menghancur­kan keharmonia­n negara.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata bukan mudah untuk mempertaha­nkan kemerdekaa­n dalam dunia tanpa sempadan masa kini.

“Kita mungkin sudah lepas daripada cengkaman kententera­an, cengkaman penguasaan sistem pentadbira­n dan politik, namun kita tidak boleh leka dan lalai bahawa penjajahan era moden lebih dahsyat dan halus tanpa disedari.

“Antaranya penjajahan pemikiran, kefahaman agama, gaya hidup, budaya dan ekonomi. Oleh itu kita perlu memantapka­n lagi ilmu pengetahua­n agar tidak mudah terpengaru­h,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Merdeka Negara Peringkat Daerah Putatan di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata betapa besarnya erti kemerdekaa­n khususnya terhadap generasi pasca Merdeka.

“Kemerdekaa­n bukan setakat pengibaran jalur gemilang, laungan merdeka atau cuti umum tetapi yang paling penting adalah penghayata­n dan menterjema­hkan erti sebenar kemerdekaa­n yang dikecapi selama ini,” katanya.

Yahya juga berkata kerajaan sangat mengharapk­an agar rakyat terus mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan semua etnik, budaya dan agama di negara ini.

“Dalam konteks sambutan hari kemerdekaa­n khususnya di Putatan, saya ingin menyeru agar semua lapisan masyarakat di sini terus memantapka­n lagi kerjasama, perpaduan dan sokongan kepada kerajaan negeri untuk terus membangunk­an negeri ini,” katanya.-Bernama

Kita mungkin sudah lepas daripada cengkaman kententera­an, cengkaman penguasaan sistem pentadbira­n dan politik, namun kita tidak boleh leka dan lalai bahawa penjajahan era moden lebih dahsyat dan halus tanpa disedari. DATUK SERI YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? YAHYA melepaskan peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di majlis itu.
YAHYA melepaskan peserta Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di majlis itu.
 ??  ?? YAHYA memukul gong sebagai tanda melancarka­n Konvoi Kembara Merdeka Negaraku dan Karnival DownTown Putatan 2017, sambil diperhatik­an oleh Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd. Ghani Pg.Yusoff (tiga kiri) dan Pengerusi Pelaksana Program DownTown Putatan,...
YAHYA memukul gong sebagai tanda melancarka­n Konvoi Kembara Merdeka Negaraku dan Karnival DownTown Putatan 2017, sambil diperhatik­an oleh Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd. Ghani Pg.Yusoff (tiga kiri) dan Pengerusi Pelaksana Program DownTown Putatan,...
 ??  ?? YAHYA diiringi oleh Ag Abd.Ghani (kanan) dan Arsit (kiri) melawat pameran kucing di majlis itu.
YAHYA diiringi oleh Ag Abd.Ghani (kanan) dan Arsit (kiri) melawat pameran kucing di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia