Utusan Borneo (Sabah)

90 AJK masjid hadiri Konvensyen Pengurusan Pentadbira­n Masjid Labuan

-

LABUAN: Seramai 90 AJK Masjid telah menghadiri Konvensyen Pengurusan Pentadbira­n Masjid / Surau peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakanAu­ditoriumLa­buan Halal Hab, di Kiamsam pada Sabtu.

Mereka terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK Masjid / Surau itu telah mengikuti ceramah dan taklimat mengenai pengurusan masjid yang disampaika­n oleh Pengurus Masjid Puchong Perdana, Ustaz Mohamad Nur Salami Haji Masri.

Majlis perasmian program anjuran Jabatan Agama Islam WilayahPer­sekutuan(JAWI) Labuan itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Basir Alias, Pengarah JAWI, Haji Abd Aziz Jusoh dan Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Ustaz Sabaruddin Hassan.

Pada majlis itu, Masjid Jamek An Nur, Masjid AlMuzakiru­llah Kampung Lubok Temiang dan Masjid Sungai Labu masingmasi­ng dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik yang melayakkan mereka menerima RM500 sumbangan MAIWP Labuan dan sijil penghargaa­n.

Rozman dalam ucapannya mahu semua AJK Masjid / Surau terus memainkan peranan utama mereka untuk mengadakan pelbagai program keagamaan dan majlis ilmu bagi menarik umat Islam datang ke rumah Allah itu.

Katanya, masjid dan surau bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga sebagai medan menyatupad­ukan masyarakat Islam di kariah masing-masing.

Beliau berkata masjid dan surau seharusnya dijadikan tempat untuk memakmurka­n masyarakat dan mengembang­kan syiar IslamdiWil­ayahPersek­utuan Labuan.

“Kita semua memainkan peranan utama untuk mengimarah­kan masjid dan surau sekaligus mengembang­kan syiar Islam di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Kata Rozman, kerajaan menerusi JAWI akan terus membina dan menaiktara­f masjid dan surau selaras dengan pembanguna­n pesat Labuan.

“Kerajaan akan membina masjid di Ganggarak, Sungai Lada, Sungai Bedaun serta menaiktara­f masjid Tanjung Aru, Durian Tunjong, Belukut, Bukit Kalam, Batu Arang dan Masjid Adam,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN (lima kanan), Bashir (empat kiri) dan Abd Aziz (empat kanan) bersama peserta Konvensyen Pengurusan Pentadbira­n Masjid / Surau peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan Auditorium Labuan Halal Hab.
ROZMAN (lima kanan), Bashir (empat kiri) dan Abd Aziz (empat kanan) bersama peserta Konvensyen Pengurusan Pentadbira­n Masjid / Surau peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan Auditorium Labuan Halal Hab.
 ??  ?? ROZMANmeny­ampaikanAn­ugerahPeng­urusanKewa­ngan Terbaikkep­adaPengeru­siMasjidAl-Muzakirull­ahKampung Lubok Temiang, Jakiah Awang sambil diperhatik­an Bashir (kiri) dan Abd Aziz (kanan).
ROZMANmeny­ampaikanAn­ugerahPeng­urusanKewa­ngan Terbaikkep­adaPengeru­siMasjidAl-Muzakirull­ahKampung Lubok Temiang, Jakiah Awang sambil diperhatik­an Bashir (kiri) dan Abd Aziz (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia