Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu pupuk semangat jatidiri kanak-kanak

-

KOTA MARUDU: Generasi awal khususnya kanakkanak perlu dipupuk dan disemai dengan semangat jatidiri, cintakan negara dan menghormat­i pemimpin.

Sehubungan itu, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil perananpen­tingdanmen­gambil bahagian memberi kefahaman erti kemerdekaa­n kepada kanak-kanak.

Pegawai Perpaduan Daerah, Alvin Roy Ibrahim, berkata program cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan amat siginifaka­n dan penglibata­n kanak-kanak wajar diberi keutamaan agar memahami erti kemerdekaa­n.

Beliau berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Kemerdekaa­n anjuran KRT Bunsadan Kokobunan di perkaranga­n rumah Pengerusi KRT, Doison Dansi.

“Makna kemerdekaa­n tidak akan bererti jika kanakkanak sebagai peneraju masa depan tidak memahami nilai perjuangan kemerdekaa­n dan negara sendiri,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahwa gejala sosial akan membantut pertumbuha­n kanak-kanak dan belia yang sepatutnya mengambil peranan penting dengan mengutamak­an pelajaran.

Sementara itu, Doison dalam ucapannya berkata sambutan Hari Kemerdekaa­n adalah program tahunan KRT kampung berkenaan dan pelbagai aktiviti dilaksanak­an sebagai pengisiann­ya.

“Sambutan Hari Kemerdekaa­n penting untuk semua khususnya kanakkanak dan belia agar dapat memahami erti kemerdekaa­n melalui aktiviti dijalankan,” katanya.

Katanya, semangat yang jitu terhadap negara, bangsa dan agama dapat dipupuk, selain menyatukan perpaduan dan keharmonia­n pelbagai kaum.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertanding­an mewarna kategori 12 tahun ke bawah dan 13 tahun ke atas. Seramai 76 kanak-kanak menyertai pertanding­an itu.

 ??  ?? AJK Penganjur sambutan Hari Kemerdekan peringkat KRT Bunsadan Kokobunan.
AJK Penganjur sambutan Hari Kemerdekan peringkat KRT Bunsadan Kokobunan.
 ??  ?? SUASANA aktiviti mewarna kanak-kanak dengan tema bendera Jalur Gemilang.
SUASANA aktiviti mewarna kanak-kanak dengan tema bendera Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia