Utusan Borneo (Sabah)

Guru dalam perjalanan mengajar kelas tambahan maut

-

MARANG: Tiga individu termasuk seorang guru maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer 42 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, berhampira­n Kampung Gong Balai, di sini, 7.20 pagi Ahad.

Lebih menyayat hati ketika kejadian mangsa, Zaimah Abdul Rahman, 54, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Awang Jabar, di sini dalam perjalanan ke sekolah bagi mengajar kelas tambahan kepada pelajarnya bagi menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar Zaimah, Muhammad Abdin Syakirin Ahmad Yusup,17 yang ditemui pemberita berkata sepatutnya gurunya itu mengajar kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu bermula 8 pagi.

Namun sehingga 8.20 pagi beliau tidak muncul dan pelajar menganggap gurunya itu mempunyai perkara yang lebih penting.

“Tidak lama selepas itu kami adaterbaca­menerusiku­mpulan Whatsapp terdapat sebuah kereta Viva berwarna putih terlibat dalam kemalangan, namun tidak sangka ia adalah kereta cikgu. Kami bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan,” katanya.

Selain Zaimah, dua lagi yang maut ialah pemandu kereta Proton Saga, Rohimah Baru, 53, dan adik tirinya Kamariah Draman, 44, manakala seorang lagi yang menaiki kereta sama turut mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat pertembung­an itu.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahka­n kejadian dan menurutnya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia