Utusan Borneo (Sabah)

Kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat kemerdekaa­n

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Ali jus H j Si pil, sekali lagi menyeru seluruh lapisan masyarakat mengibarka­n Jalur Gemilang sama ada di rumah mahupun premis perniagaan sebagai tanda semangat kemerdekaa­n.

Katanya, pengibaran Jalur Gemilang sebelum ini masih kurang menggalakk­an walaupun selepas kempen dilancarka­n MPT sebelum ini.

“Kita telah meminta badan badan (NGO) dan persatuan di daerah ini turut sama dalam kempen itu, dan barulah kita dapat melihat semakin ramai mengibarka­n Jalur Gemilang khususnya di kawasan premis di perbandara­n Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada Program Cabutan Hadiah Peraduan Beli Dan Menang 2016/2017 anjuran Kumpulan BTC Berhad pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad Datuk Hj Abdul Kadir ME Sikkandar.

Alijus berkata selain premis premis perniagaan, pihaknya juga menyeru kepada orang ramai agar mengibarka­n Jalur Gemilang di rumah kediaman.

“Selain menunjukka­n semangat patriotik, ia juga sebagai usaha kita bagi memperinga­ti pejuang pejuang kemerdekaa­n terdahulu,” katanya.

Terdahulu, Alijus telah membuat cabutan hadiah utama bagi program cabutan itu yang disertai lebih 5,000 pelanggan BTC di daerah ini.

Menurut Datuk Abdul Kadir, program berkenaan bagi memberi peluang cabutan bertuah kepada pelanggan yang membeli-belah di BTC Textile Emporium.

 ??  ?? ALIJUS membuat cabutan hadiah utama sempena program itu, sambil disaksikan oleh Datuk Abdul Kadir.
ALIJUS membuat cabutan hadiah utama sempena program itu, sambil disaksikan oleh Datuk Abdul Kadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia