Utusan Borneo (Sabah)

UMS Labuan terima 668 pelajar baharu sesi 2017/2018

-

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) bakal menerima kira-kira 668 pelajar baharu bagi sesi pengajian akademik 2017/2018.

Bagaimanap­un jumlah itu dijangka bertambah selepas proses rayuan diluluskan Kementeria­n Pendidikan Tinggi pada bulan September depan.

Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata daripada jumlah tersebut, seramai 575 akan mengikuti pengajian mereka di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) manakala 93 lagi di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Katanya, setakat ini, seramai lapan pelajar antarabang­sa sudah pun menerima tawaran ke UMS Labuan iaitu tujuh dari Brunei Darussalam dan seorang dari Bangladesh.

Beliau berkata FKAL menawarkan 5 program Sarjana Muda dalam bidang-bidang Kewangan Antarabang­sa, Perbankan Antarabang­sa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabang­sa, Ekonomi Kewangan Antarabang­sa dan Kewangan Islam.

Manakala FKI menawarkan dua program Sarjana Muda Sains dalam bidang Teknologi Multimedia dan Teknologi Maklumat (E-Dagang).

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada pelajar dari Sabah, Sarawak, Semenanjun­g dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang memilih UMS Kampus Antarabang­sa Labuan sebagai pilihan utama mereka untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi sesi 2017/2018,”katanya.

Dr Murnizam bagi pihak Naib Canselor UMS, Prof Dr D Kamaruddin D Mudin mengucapka­n selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu ke Wilayah Persekutua­n Labuan yang mempunyai kira-kira 100,000 penduduk.

Dalam pada itu, sesi pendaftara­n pelajar baharu itu akan diadakan di Dewan Utama UMS Labuan pada 3 (Ahad) dan 4 September (Isnin) 2017.

Beliau berkata seramai 79 Pembimbing Suai Mesra (PSM) dan kakitangan UMS Labuan akan terbabit dalam program Minggu Suai Mesra (MSM) pada 5 hingga 9 September 2017.

Antara program tersebut ialah Amanat Pengarah UMSKAL, Majlis Ikrar dan Aku Janji, program bersama FKAL dan FKI serta Malam Persembaha­n Bakat.

“Sepanjang mengikuti MSM selama empat hari itu, pelajar baharu akan mendapat pelbagai info mengenai UMSKAL secara keseluruha­nnnya, FKAL dan FKI serta Alumni dan Persatuan di universiti,” katanya.

 ??  ?? DR MURNIZAM
DR MURNIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia