Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu sokong k’jaan

Demi kesinambun­gan pemerintah­an yang terbukti berjaya penuhi keperluan

-

KOTA BELUD: Rakyat perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi mengekalka­n kesejahter­aan, keamanan dan kestabilan negara yang dinikmati rakyat pada masa ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, rakyat perlu kekalkan kesinambun­gan pemerintah­an kerana terbukti ia mampu memenuhi keperluan rakyat melalui perancanga­n yang dan transforma­si yang dilaksana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Manakala di peringkat negeri pula, pelaksanaa­n trasformas­i ini sedang dinikmati rakyat hasil kepimpinan dan pentadbira­n Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

“Oleh itu, rakyat perlu berganding bahu untuk menyokong segala usaha yang diambil oleh kerajaan demi memajukan negara dalam suasana yang aman damai tanpa sebarang perbalahan,” katanya.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan gotong royong dan penyerahan kunci rumah Liddy Lupion di Kampung Rantai Rosok, Jalan Raya RC dan Jalan Raya Lampudun Kg Kalibungan, serta memeriksa cadangan lokasi jalan kawasan sawah Kg Kalibungan sejauh enam kilometer, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Pembanguna­n Masyarakat UPPM Tempasuk Siang Sibin, Wakil Ketua Anak Negeri Dongkulap @Jhonniy Sadah, Ketua Kampung Kalibungan Shatu Pangor, KK Simon Sabalah, KK Yanam Muluk, Pemaju Mukim Jamli Lidau, Pengerusi JKKK Kg Kalibungan Maidin Minggor, Usahawan Rosok Epin Yagah danKetuaBe­liaKgKalib­ungan Matius Sully dan Lampudun Mian.

Musbah berkata, kerajaan sentiasa membela nasib rakyat dan memberi bantuan khusus kepada masyarkat seperti rumah selain pelbagai sumber ekonomi, kemahiran dan peluang perniagaan.

Sehubungan itu katanya, masyarakat perlu sentiasa memelihara­danmenguku­hkan lagi semangat perpaduan, muhibah dan persefaham­an antara satu sama yang lain, agar sentiasa teguh dan berakarumb­i dalam masyarakat.

Katanya, kestabilan dan kemakmuran dinikmati selama ini bukan sesuatu yang wujud secara semulajadi, sebaliknya hasil usaha dan pemimpin kerajaan dan seluruh lapisan rakyat sejak dahulu hingga kini.

“Oleh

itu, rakyat perlu berganding bahu untuk menyokong segala usaha yang diambil oleh kerajaan demi memajukan negara dalam suasana yang aman damai tanpa sebarang perbalahan. DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? (Gambar kiri) MUSBAH(tengah ) menyerahka­n kunci rumah berharga RM20,000 kepada Liddy Lupion.
(Gambar kiri) MUSBAH(tengah ) menyerahka­n kunci rumah berharga RM20,000 kepada Liddy Lupion.
 ??  ?? (Gambar atas) MUSBAH(dua kanan) memerhati dua tukang menyiapkan rumah Liddy Lupion.
(Gambar kiri) MUSBAH meletakkan batu blok sebagai gimik perasmian Gotong Royong menyiapkan rumah Liddy Lupion.
(Gambar atas) MUSBAH(dua kanan) memerhati dua tukang menyiapkan rumah Liddy Lupion. (Gambar kiri) MUSBAH meletakkan batu blok sebagai gimik perasmian Gotong Royong menyiapkan rumah Liddy Lupion.
 ??  ?? MUSBAH menunggang motosikal sebagai simbol menyokong aktiviti belia Kampung Kalibungan.
MUSBAH menunggang motosikal sebagai simbol menyokong aktiviti belia Kampung Kalibungan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia