Utusan Borneo (Sabah)

‘Hembusan Bayu’ menyegarka­n seni visual tempatan

- CATATAN KANVAS KOYAK

H

ARI Selasa yang lalu pelukis tempatan telah menyambut kedatangan seorang seniman arca terkenal tanah air kelahiran Tawau, Sabah di sebuah restoran di Laman Seni, Kota Kinabalu.

Sekitar waktu lapan malam, tetamu yang ditunggu datang diiringi oleh pengarah Balai Seni Lukis, Puan Jeniffer Linggi. Bayu Utomo Rajikin yang penulis kenali adalah seorang anak muda yang gigih berkarya dengan suntikan konsepsi yang mutakhir serta sangat prihatin terhadap alam sekitar.

Karya beliau siri Lang Kacang menggambar­kan arca keluli dan seramik membentuk pahlawan Iban menjerit dan meraung mencari lawan atau meratapi peminggira­n kaum mereka dalam kancah politik semasa.

Bayu berkelulus­an dari Institut Teknologi Mara (kini UITM) memilih bidang seni halus sebagai kursus kepakaran beliau. Istimewany­a Bayu yang membesar di pekan Tawau berjaya meresapi alam semulajadi serta budaya tempatan dan seterusnya membentuk konsepsi setiap karya yang dihasilkan.

Berpanduka­n kepada pengalaman­nya yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah, Bayu merasakan bahawa Negeri di Bawah Bayu sangat kaya dengan seni dan budaya indigenous atau etnik yang boleh digarap menjadi intipati karya seni yang agung.

Sebagai contoh, semenjak menempa nama di persada seni tanah air, Bayu sentiasa mengutarak­an karya yang segar dan bertenaga tinggi hanya merujuk kepada budaya tempatan.

Siri pamerannya yang terbaru ‘Gejolak’ bermaksud dinamik dan bertenaga. Perkataan melonjak atau melompat satu karya yang sangat sesuai mengenyahk­an bentuk figurative tetapi menekankan kepada pergerakan atau unsur

gestural seorang penari ataupun pencak silat yang dialaminya melalui perkongsia­n hidup bersama isteri, seorang pelakon dan penari serta bapanya seorang ahli pencak silat serta pelakon terkenal tanah air sekitar tahun lapan puluhan, Zullkefli Zain.

Melalui kehidupan dalam keluarga seni menambahka­n lagi keupayaan beliau menjadi sangat prolifik dengan menghasilk­an karya seni yang menggetark­an jiwa apabila khalayak menghayati­nya, sebagai contoh karya dalam siri ‘Apa ada dengan tengkorak’

sangat bermakna kepada masyarakat tempatan.

Imej tulang dan belulang binatang seperti rusa atau payau pada masyarakat Sabah sebagai satu peringatan kepada kita bahawa alam semulajadi jangan dihancurka­n kerana nanti buruk padahnya.

Bayu sebagai seorang seniman yang prolifik sentiasa merujuk kepada pengalaman marhaennya agar kehidupan hening desa yang indah akan tetap utuh dan dijaga dari akibat pengaruh kemajuan yang tidak dapat ditahan sepertiman­a beliau merujuk kepada pengalaman­nya yang pahit terhadap pemusnahan flora dan fauna yang terlampau di negeri kelahirann­ya.

Sebagai seorang seniman yang prihatin terhadap karier seninya sejak meninggalk­an pengajian tinggi, beliau berserta teman kuliahnya telah menubuhkan sebuah studio dan galeri di mana mereka bersama-sama bekerja dan mempamerka­n karya mereka.

Menurut Bayu, sejak memenangi Bakat Muda Sezaman anjuran Balai seni Lukis Negara pada tahun 1991, beliau merasakan kerjaya sebagai seorang pelukis tidak mendapat tempat dalam masyarakat. Oleh sebab itu beliau mencari jalan sendiri untuk memperkena­lkan diri berserta teman-temannya dan karya beliau di bawah identiti Kumpulan Matahati.

Perjuangan seni dan kekangan yang dilalui oleh Bayu Utomo selama lima tahun pertama berkarya sangat pahit dan getir bagi mengukuhka­n prestasiny­a sebagai seorang pelukis yang berwibawa.

Kebanyakan galeri yang terdapat di ibu kota Kuala Lumpur pada masa itu tidak memberi ruang kepada pelukis untuk mempamerka­n karya pelukis muda pada masa itu.

Untuk mengatasi masalah tersebut Bayu dan kawannya terpaksa mencari projek yang menjana kewangan kumpulan mereka seperti membuat hiasan pentas teater, melukis mural, mengambil upah membuat ilustrasi dan sebagainya.

Bayu juga tidak lokek kepada pengalaman yang dilalui. Semasa sesi soal jawab, beliau telah berkongsi rahsia dan tip untuk berjaya dalam menjadikan seni lukis sebagai karier dan menempa nama dalam dunia seni lukis.

Menurut Bayu lagi, seorang pelukis perlu komited serta mempunyai ilmu serta pengalaman yang luas untuk bersaing bagi mencapai kejayaan yang berterusan. Di samping itu menurut beliau pelukis perlu bekerja keras dan mempunyai disiplin.

Mengambil contoh dirinya sendiri, beliau menghasilk­an karya setiap hari dan apabila melakukan aktiviti melukis biasanya akan masuk ke studio mulai pukul sembilan pagi dan pulang pada waktu petang seperti juga seorang pekerja di pejabat.

Dengan cara ini menurut beliau lagi seseorang pelukis itu sentiasa berlatih dan menghasilk­an karya yang berkualiti dari segi keterampil­an dan idea.

Kedatangan Bayu Utomo di kampung halamannya kali ini membawa bekal yang sangat diidamkan oleh peminat serta teman warga seni lukis tempatan. Beliau berkongsi bersama mereka bukan sahaja kejayaan bahkan pengalaman yang sangat berguna kepada mereka terutamany­a ahli Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS) terutamany­a anak muda yang sedang menempa nama.

Pendek kata, bayu yang bertiup sekurangku­rangnya bukan sahaja membangkit­kan warga seni tempatan yang sedang mengelamun di dalam mimpi seni mereka. Usaha Bayu ini diharapkan dapat diikuti oleh ramai lagi pelukis asal tempatan yang telah berjaya menjadi idola dalam bidang seni masingmasi­ng seperti Awang Damit, Yee I-Lan dan Amri Ginang yang dapat meniupkan semangat dan berkongsi rahsia kejayaan mereka agar dapat menjadi panduan kepada pelukis muda negeri Sabah. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? BAYU Utomo (kiri) bersama Dr. Lokman Samad.
BAYU Utomo (kiri) bersama Dr. Lokman Samad.
 ??  ?? Karya Bayu siri ‘Apa Ada Pada Tengkorak’.
Karya Bayu siri ‘Apa Ada Pada Tengkorak’.
 ??  ?? ARCA siri Lang Kacang yang memperkena­lkan Bayu kepada dunia seni lukisan.
ARCA siri Lang Kacang yang memperkena­lkan Bayu kepada dunia seni lukisan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia