Utusan Borneo (Sabah)

Kenangan perpaduan kaum terukir pada rumah berusia 97 tahun

-

BENARLAH kata orang, zaman kanak-kanak adalah fasa paling indah dan sukar dilupakan dalam hidup setiap individu, apatah lagi pengalaman manis itu dikongsi bersama anggota keluarga lain khususnya adikberadi­k dalam sebuah rumah turun-temurun.

Ibarat peribahasa ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’, Ranjit Singh Sidhu Brar, 53, berkata terlalu banyak memori pahit manis pasca merdeka sepanjang menetap di situ yang banyak mengajarny­a tentang erti perpaduan.

Menceritak­an semula kenangan manisnya sewaktu kecil sekitar era 1960-an, beliau yang merupakan generasi ketiga pewaris rumah pusaka berusia 97 tahun milik mendiang datuknya, Nika Singh, berkata setiap petang, beliau, dua adik lelakinya dan jiran-jirannya yang lain akan bermain bersama di hadapan rumah dan berlumba memanjat pokok kelapa.

“Kami akan berlumba sesama kami untuk memanjat satu-satunya pokok kelapa di sekitar rumah kami dengan ‘misi’ memacakkan bendera Malaysia di atas pokok berkenaan.

“Pada waktu itu, rakan kami terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kami semua begitu rapat bagaikan keluarga memandangk­an kawasan ini tidak ada banyak rumah ketika itu,” kata beliau, anak sulung daripada enam adik-beradik itu kepada Bernama.

Turut berkongsi pengalaman ialah adik lelaki bongsunya, Maljindar Singh Sidhu Brar atau dikenali sebagai Jimmy Sidhu, 42, yang tidak akan pernah melupakan sambutan hari jadi paling meriah pernah diadakan oleh keluargany­a, juga pada hari cuti umum Hari Kebangsaan.

“Pada 31 Ogos 1983, ayah menganjurk­an majlis hari jadi untuk lima anggota keluarga kami yang lahir pada Ogos serta September secara serentak dan menjemput kesemua penduduk kampung di sini untuk meraikan bersama kami.

“Ketika itu, hampir 200 tetamu terdiri daripada jiran tetangga datang ke majlis kami sambil membawa makanan tradisi kaum masing-masing sebagai ‘potluck’ dan hadiah kepada kami.

“Pada malam itu juga, ayah sanggup beli bunga api yang ketika itu hanya mampu dibeli oleh orang kaya demi berkongsi kemeriahan dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama-sama termasuk tetamu yang hadir. Memang seronoklah,” katanya mengimbas semula memori itu.

Beliau menyifatka­n semua kenangan di banglo dua tingkat milik keluargany­a yang terletak di Jalan Kuala Garing, Rawang, Selangor, itu sebagai simbol perpaduan penduduk setempat pada waktu itu.

Jimmy Sidhu juga berbangga apabila rumah yang didiami bersama ibunya kini adalah antara rumah pertama di Malaysia menerima bekalan elektrik.

Meskipun sudah berusia 97 tahun, rumah separa kayu dan batu itu masih teguh berdiri di atas tanah berkeluasa­n 2,787 meter persegi (30,000 kaki persegi) dan belum pernah dimamah anai-anai.

Beliau berkata rumah bercirikan reka bentuk SinoMalay-Palladian itu dibina pada 1920 oleh syarikat biji timah milik British, Rawang Tin Fields (kini dikenali Berjuntai Tin Dredging) dan dijadikan sebagai pejabat operasi syarikat berkenaan.

“Rumah ini kemudianny­a didiami oleh seorang akauntan warga British syarikat bijih timah itu dan telah menjualnya kepada datuk kami pada harga RM3,500 pada 1959.

“Disebabkan kawasan lamannya yang besar, menjadikan tempat ini sering menjadi lokasi untuk kami berkumpul dan bermain bersama jiran lain,” katanya. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? MANDEEP Singh Sidhu, adik kepada Ranjit Singh Sidhu menghiasi kediamanny­a yang bercirikan reka bentuk Sino-Malay-Palladian dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Garing Rawang pada Sabtu....
GambarBern­ama MANDEEP Singh Sidhu, adik kepada Ranjit Singh Sidhu menghiasi kediamanny­a yang bercirikan reka bentuk Sino-Malay-Palladian dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Garing Rawang pada Sabtu....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia