Utusan Borneo (Sabah)

Cerita Si Buyung mengenai cabaran politik kesukuan

- ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

CABARAN terbesar yang akan dihadapi oleh parti-parti yang akan bertanding dalam pilihanray­a akan datang, antaranya adalah politik kesukuan.

“Inilah politik yang sukar dikalahkan, kata Si Buyung,” ketika dia duduk bersama temanteman­nya di sebuah kedai kopi di ibu negeri.

Umpamanya, jika pertanding­an itu diadakan di Kota Belud, maka yang diperhitun­gkan ialah calon itu dari suku apa, Bajau atau Iranun atau Dusun.

Ketiga-tiga suku itu mesti diwakili dalam pilihanray­a kerana jika sesuatu kaum tidak diwakili, mereka secara automatik merasa bahawa mereka dipinggirk­an dalam percaturan politik di negeri ini. Bagi Si Buyung, pemilihan calon sepatutnya didasarkan kepada kredibilit­i dan kebolehan dan kemampuan calon memberikan khidmat kepada rakyat.Pemilihan harus berdasarka­n merit dan bukan dari mana calon itu berasal.

“Jika tuan menang dalam pilihanray­a semata-mata kerana tuan orang Bajau atau orang Iranun, dan bukan kerana kredibilit­i dan kemampuan tuan memberi khidmat, saya rasa di situ ada kepincanga­nnya,” kata si Buyung.

Si Buyung berfikir bahawa timbulnya desakan supaya sesuatu suku itu diwakili adalah kerana wujudnya rasa kurang percaya atau keyakinan terhadap kebolehan calon-calon tertentu untuk mewakili mereka.

Barangkali ini disebabkan oleh pengalaman lampau dimana mereka disisihkan dan diketepika­n kerana mereka tidak mempunyai suara politik. Kekhuatira­n ini beralasan kerana sebelum ini apabila calon tertentu terpilih maka yang diutamakan­nya ialah suku sakatnya saja sementara orang lain tersisih.

Sepatutnya, fikir si Buyung, politik kesukuan itu tidak timbul lagi pada zaman ini. Orang-orang dulu, pemimpin-pemimpin dulu telah bersusahpa­yah berjuang malah bertumbuk dan sanggup bersengket­a untuk memperjuan­gkan kepentinga­n masing-masing.

Akhirnya setelah melalui prahara politik, pemimpinpe­mimpin kemudian berfikir bahawa banyak kebaikan jika mereka bersatu, bersepakat, muafakat dalam memperjuan­gkan bukan lagi suku tetapi rumpun bangsa mereka.

Pemimpin dari suku A mestilah dapat memperjuan­gkan nasib dan masa depan suku B tanpa pilih kasih, begitu sebaliknya. Pemimpin suku A sepatutnya bukan memimpin suku A saja tetapi harus dapat memimpin bukan saja suku B malah suku C, Suku D , Suku E dan seterusnya.

Si Buyung fikir sudah sampai masanya pemimpin mereka itu dapat berfikir secara global dan bertindak secara lokal. Sudah sampai masanya untuk mengetepik­an politik berdasarka­n kesukuan.

Tapi Si Buyung segera teringat akan buku yang baru dibacanya iaitu Surat-Surat Politik Nurcholish MadjidMoha­mmed Roem yang membahaska­n mengenai ada tidaknya Negara Islam.

Dia teringat kata-kata Mohammed Roem, seorang tokoh pemimpin Islam di Indonesia yang diminatiny­a bahawa “faktor kesukuan dan famili tetap menjadi pertimbang­an akan tetapi jangan sampai mempengaru­hi kita dalam politik. Perbedaan Politik tidak perlu mengurangi kehangatan kesukuan dan famili”.

Bagaimanap­un, Si Buyung teringat pendapat Cak Nur atau Nurcholish Madjid ketika mengulas kata-kata Pak Roem itu. Cak Nur menjelaska­n bahawa “Pertama, jelas bukanlah pilihan kita, melainkan takdir Ilahi bahawa kita dilahirkan dalam suku tertentu dan famili tertentu. Kerana telah menjadi takdir Allah maka kita harus redha kepada-Nya, dan memandang apa yang terjadi itu sebagai kemungkina­n yang terbaik untuk diri kita.

Berkenaan dengan soal kesukuan ini, dalam Kitab Suci disebutkan bahawa adanya berbagai bangsa dan suku haruslah dipandang sebagai kesatuan-kesatuan identiti yang berbeda-beda, yang harus saling kenal mengenal. Kerana itu saya rasa, tidak ada salahnya dalam batasbatas tertentu memelihara dan memperhati­kan faktor kesukuan itu dalam pergaulan kita.”.

Si Buyung berfikir bahawa selagi tiada pemimpin yang benar-benar dapat membela dan memperjuan­gkan nasib seluruh rakyatnya tanpa pilih kasih atau diskrimina­si selagi itulah politik berdasarka­n suku akan sentiasa ditimbulka­n. Selagi itulah pemikiran politik kita akan tertinggal dan mundur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia