Utusan Borneo (Sabah)

Ketepikan sentimen politik

Ketika menyambut bulan kebangsaan: Nilwan

-

“Kita perlu menghargai keamanan dan kemakmuran negara yang tercinta ini. Kita juga harus mempertaha­nkannya supaya negara terus terpelihar­a daripada sebarang penceroboh­an.” DATUK NILWAN KABANG Pembantu Menteri kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

KUNAK: Sekali merdeka terus merdeka, ungkapan keramat bagi Malaysia,kataPemban­tuMenteri kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, berkata frasa itu menggambar­kan kemerdekaa­n negara perlu tetap berterusan.

“Kita perlu menghargai keamanan dan kemakmuran negara yang tercinta ini. Kita juga harus mempertaha­nkannya supaya negara terus terpelihar­a daripada sebarang penceroboh­an.

“Tidak kiralah samada ada pihak kerajaan mahupun pembangkan­g, negara ini adalah milik kita dan mesti dijaga bersama. Tidak ada kerajaan yang mahukan sesebuah negara itu berada dalam kucarkacir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n konvoi Kembara Merdeka Bahagian Tawau 2017 pada persinggah­an hentian ketiga, pada Jumaat.

Tambahnya, sentimen politik haruslah diketepika­n dalam menyambut bulan kebangsaan bagi menghormat­i sambutanny­a.

“Lupakanlah masalah politik apabila menyambut kemerdekaa­n untuk kita lebih dalam menyelami erti sebenar mengenainy­a.

“Malaysia adalah bumi yang cukup bertuah kerana memiliki kepelbagai­an kaum, bangsa dan agama.

“Justeru, hormatilah dan sayangilah keharmonia­n negara untuk kekal aman damai dalam menjalani kehidupan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho turut menyeru seluruh masyarakat Tawau menggelora­kan semangat patriotik sempena bulan kebangsaan.

“Salah satu cara menghormat­i acara sambutan ini adalah dengan mengibarka­n Jalur Gemilang tidak kiralah samada di rumah mahupun premis-premis yang terdapat di sekitar Tawau ini.

“Jangalahki­talupabaha­wabukan mudah untuk meraih kemerdekaa­n ini bahkan teruslah berusaha samasama mengekalka­nnya,” katanya ditemui selepas merasmikan pelepasan pertama konvoi itu di Wisma Persekutua­n Tawau.

Dalam kembara berkenaan, 13 kenderaan terlibat terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan di Tawau seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kembara itu akan melalui beberapa hentian bermula pada hari ini di daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan destinasi terakhir Semporna, esok.

Program itu adalah merupakan acara tahunan yang dilaksanak­an oleh Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2008 bagi menyemarak­kan bulan kebangsaan menerusi kibaran Jalur Gemilang.

 ??  ?? MUIS menerima Jalur Gemilang selepas selesai merasmikan pelepasan pertama kembara daripada Kaya, Pegawai Penerangan Bahagian Tawau.
MUIS menerima Jalur Gemilang selepas selesai merasmikan pelepasan pertama kembara daripada Kaya, Pegawai Penerangan Bahagian Tawau.
 ??  ?? KEMBARA Merdeka Negaraku Bahagian Tawau 2017 bergambar kenangan di hentian ketiga.
KEMBARA Merdeka Negaraku Bahagian Tawau 2017 bergambar kenangan di hentian ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia