Utusan Borneo (Sabah)

Meningkatk­an semangat kesukarela­wan

Program kolaborasi khidmat sosial antara IPG Tawau dengan Klinik Kesihatan Apas Balung

-

TAWAU: Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPG Tawau) dan Klinik Kesihatan Apas Balung menempah sejarah tersendiri apabila keduadua pihak bersetuju menandatan­gi persetujua­n bersama bagi mewujudkan hubungan dua hala melalui ‘Letter Of

Intent’ (LOI) atau Surat Hasrat bagi tujuan pelaksanaa­n program khidmat sosial, pada Jumaat.

Pada majlis menandatan­gani LOI itu, IPG Kampus Tawau diwakili Pengarahny­a, Mohd Zain Badui manakala Klinik Kesihatan Apas Balung diwakili Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr.G. Navindran.

Turut hadir Dr. Jason Jimmy Lee Pillay dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, Dr Najamuddin Bachora.

Mohd Zain berkata LOI antara keduadua pihak penting kerana ia merupakan satu program kolaborasi dalam usaha meningkatk­an semangat kesukarela­wan dalam kalangan warga IPG Kampus Tawau untuk menyumbang kepakaran dan khidmat sosial kepada masyarakat.

“Nilai dan kerja-kerja kesukarela­wan ini mesti dipupuk dan disemai dalam kalangan warga IPG terutama pelajar kerana ia merupakan medan utama menimba ilmu pengetahua­n, pengurusan dan kepimpinan setelah bertugas di sekolah kelak.

“Semangat kesukarela­wan ini akan diaplikasi­kan nanti dalam kehidupan seharian mereka kelak tanpa mengharapk­an apa-apa imbuhan daripada segi kebendaan atau keuntungan peribadi,” katanya.

Menurut Mohd Zain, antara pengisian aktiviti kolaborasi dalam LOI yang akan dilaksanak­an ialah untuk merealisas­ikan program‘ Ho m e M o t i v ati n g’ iaitu mendidik ibu bapa cara-cara memotivasi­kan anakanak di rumah.

“Menurut kajian, keberkesan­an motivasi yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya boleh mencapai sehingga 80 peratus berbanding dengan keberkesan­an motivasi daripada guruguru di sekolah yang hanyalah sekadar 20 peratus sahaja.

“Program ini akan dikendalik­an oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dan pelajar-pelajar yang terpilih. Ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup perlu ada kemahiran memotivasi­kan anak-anak untuk belajar kerana masa mereka bersama anak-anak lebih lama.

“Menjadi tanggungja­wab bagi warga IPG Kampus Tawau untuk mendidik dan melatih ibu bapa agar mempunyai keupayaan maksimum 80 peratus itu untuk kebaikan anak-anak dan negara di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Dr. G Navindran dalam ucapan balas berkata program kolaborasi itu amat bermanfaat dan kejayaan program kolaborasi ini bergantung kepada usaha keduadua pihak untuk menjelmaka­n semangat kesukarela­wan.

Katanya, program kolaborasi yang julung kali diadakan bagi pihak Jabatan Kesihatan Tawau dengan IPG Kampus Tawau merupakan usaha murni dan perlu dicontohi oleh mana-mana agensi dalam memberi khidmat sosial terhadap masyarakat.

Menurutnya, di kawasan pekan yang kecil dan terpencil, masih ramai ibubapa sangat memerlukan bimbingan untuk membimbing anak-anak mereka khususnya dalam bidang pendidikan sebagai usaha memastikan anak mereka tidak tertinggal dengan pendidikan.

“Pendidikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan seseorang anak. Tanggungja­wab menjaga dan memelihara serta memberi pendidikan adalah ibubapa. Dan ibubapa yang memerlukan nasihat serta panduan maka mereka perlu diberi bimbingan secara sukarela oleh pensyarah IPG Kampus Tawau,” katanya.

Dr. G Navindran berkata jika program kolaborasi itu mencapai matlamatny­a, beberapa program lagi akan dilaksana bagi memastikan usaha murni untuk membantu dan memajukan masyarakat akan diteruskan dari masa ke semasa.

Sebagai rekod, pada tahun 2015,Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah menandatan­gi LOI dengan Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Samarinda, Indonesia, berkongsi kepakaran idea dalam menjalanka­n penyelidik­an, menerbitka­n penulisan ilmiah dan penyelidik­an dalam kalangan pelajar dan pensyarah dalam Jurnal Tinta Dinamik dan Jurnal Mitra, perkongsia­n penganjura­n seminar penyelidik­an, pertukaran lawatan pelajar dan pensyarah, mengujudka­n ruang perkongsia­an diskusi secara ilmiah, mengeratka­n hubungan silaturrah­im serta mengambil keputusan bersama berkaitan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam LOI.

“Nilai

dan kerja-kerja kesukarela­wan ini mesti dipupuk dan disemai dalam kalangan warga IPG terutama pelajar kerana ia merupakan medan utama menimba ilmu pengetahua­n, pengurusan dan kepimpinan setelah bertugas di sekolah kelak. MOHD ZAIN BADUI Pengarah IPG Kampus Tawau

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Majlis Menandatan­gani Letter of Intent IPG Kampus Tawau dan Pejabat Kesihatan Tawau merakam gambar kenangan dengan Pengarah IPGKampus Tawau, Mohd Zain Badui (empat kiri) dan Dr. G Navindran (lima kiri).
JAWATANKUA­SA Majlis Menandatan­gani Letter of Intent IPG Kampus Tawau dan Pejabat Kesihatan Tawau merakam gambar kenangan dengan Pengarah IPGKampus Tawau, Mohd Zain Badui (empat kiri) dan Dr. G Navindran (lima kiri).
 ??  ?? PENYERAHAN Letter of Intent antara Pengarah Ipg Kampus Tawau, Mohd Zain Badui (kiri) dan Pegawai Kesihatan Tawau, Dr. G. Navindran (kanan)
PENYERAHAN Letter of Intent antara Pengarah Ipg Kampus Tawau, Mohd Zain Badui (kiri) dan Pegawai Kesihatan Tawau, Dr. G. Navindran (kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia