Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah Berbasikal Bulan Kemerdekaa­n pada 27 Ogos

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Dewan Perniagaan Tionghua Keningau (KCCC) dengan kerjasama peminat menunggang basikal buat pertama kalinya akan menganjurk­an Jelajah Berbasikal sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaa­n yang diadakan di Padang Bandaran Keningau pada 27 Ogos.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur program Raymond Koh Kian Ling memberitah­u, program ini mendapat sambutan baik daripada peminat-peminat basikal di daerah ini dan dijangka lebih 100 peminat basikal akan menyertain­ya.

Katanya, program ini akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan seterusnya akan melepaskan para peserta di garisan permulaan padang bandaran pada jam 7.30 pagi.

“Program ini akan bermula seawal jam 6 pagi, diikuti dengan ucapan dan upacara perasmian oleh Pairin pada jam 7.05 pagi,” katanya.

Raymond yang juga Pengerusi KCCC berkata, ini diikuti dengan penyerahan sumbangan amal tiga buah motosikal kepada Ibu Pejabat Polis Daerah dan sebuah motosikal lagi diserahkan kepada Pejabat Daerah Keningau.

Katanya, tiga buah motosikal yang diserahkan kepada PDRM Keningau adalah sumbangan daripada Dewan Perniagaan Tionghua Kota Kinabalu (KKCCC) dan sebuah lagi sumbangan untuk Pejabat Daerah oleh seorang ahli perniagaan, Dato Yap Yet Teck dari Keningau.

Pada hari sama katanya, turut diadakan penyerahan sebanyak 11 buah kerusi roda kepada Klinik 1 Malaysia UTC dan beberapa orang individu yang tersenarai.

Menurut beliau, kerusi-kerusi roda tersebut adalah sumbangan daripada Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat Datuk Jake Jikulin Nointin sebanyak dua buah, Syarikat Perniagaan Sang Fah empat buah, Rahmat Restoran & Cafe satu buah dan Hiap Lee Shopping Centre sebanyak empat buah.

“Cabutan tiket bertuah turut diadakan yang menawarkan hadiah lima buah basikal, sepuluh kunci basikal, 20 tube basikal yang disumbangk­an oleh Syarikat Perniagaan Soon Soon Keningau, 60 Hamper yang disumbangk­an oleh Hiap Lee Shopping Centre dan 12 sijil yang ditandatan­gani oleh Pairin daripada Jawatankua­sa Penganjur,” katanya.

Raymond berkata, aktiviti berbasikal dimulakan dengan kumpulan VIP yang akan mengiringi peserta lain untuk melakukan satu pusingan mengelilin­gi bandar Keningau dan aktiviti berbasikal diteruskan oleh para peserta yang melalui jalan Pampang, Jalan Duruk (TawauKenin­gau), Jalan Ansip Farm Ferry, Jalan Magatang, Baginda, Tigot, Kota Ayangan, jalan besar Keningau-ApinApin melalui Kompleks Sukan, bulatan Hospital Lama dan kembali ke garisan penamat Padang Bandaran Keningau.

Katanya, tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatk­an kualiti kesihatan penduduk tempatan dengan berbasikal melalui kawasan yang penuh dengan kehidupan semulajadi dan udara yang nyaman.

“Selain itu, berbasikal adalah satu aktiviti yang boleh menghasilk­an tubuh badan yang sihat serta mengurangk­an pencemaran udara,” katanya.

 ??  ?? JAKE (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Raymond semasa ahli jawatankua­sa penganjur program itu melakukan kunjungan hormat di kediamanny­a (Jake) pada Jumaat.
JAKE (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Raymond semasa ahli jawatankua­sa penganjur program itu melakukan kunjungan hormat di kediamanny­a (Jake) pada Jumaat.
 ??  ?? KKCCC memberikan sumbangan untuk program berbasikal yang disampaika­n oleh wakilnya, Kok En Chen (empat kanan) kepada Raymond yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankua­sa Penganjur Program.
KKCCC memberikan sumbangan untuk program berbasikal yang disampaika­n oleh wakilnya, Kok En Chen (empat kanan) kepada Raymond yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankua­sa Penganjur Program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia