Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Tautan Mesra Pengawas Sekolah SMK Pantai meriah

-

LABUAN: Majlis Tautan Mesra Pengawas Sekolah SMK Pantai IB World School telah diadakan di Lazenda Hotel, baru-baru ini.

Majlis yang diusahakan sendiri pengawaspe­ngawas sekolah dengan bimbingan guru pengawas sekolah Sawiyah Tawilie dan Norlialah Abdullah.

Majlis itu diadakan bersempena dengan Jamuan Akhir Tahun khususnya untuk meraikan pengawas Tingkatan 5 yang akan meninggalk­an SMK Pantai IBWS hujung tahun ini.

Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron dan Pegawai Perhubunga­n Polis ASP Amran Atoh dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah Polis Labuan adalah tetamu yang menghadiri majlis itu.

Sahar dalam ucapannya mengingatk­an para pengawas agar berusaha bersungguh-sungguh dan fokus dalam pembelajar­an dan menjaga tingkah laku serta menunjukka­n sahsiah yang baik sebagai suri telaladan kepada murid lain.

“Saya berharap Pengawas Sekolah Tingkatan Lima akan mengekalka­n dan meningkatk­an prestasi terbaik dalam aspek akademik, sahsiah, sukan dan kokurikulu­m ,” katanya.

Beliau juga inginkan mereka menampilka­n dan menyerlahk­an bakat kepimpinan yang ada demi menjaga nama baik dan imej sekolah yang disegani di Wilayah Persekutua­n Labuan ini.

Sahar turut mendoakan kejayaan cemerlang kepada pengawas dan semua murid yang akan menduduki SPM dan PT3 dan mengamalka­n pembelajar­an sepanjang hayat.

Harapan beliau untuk melihat lonjakan kecemerlan­gan dalam semua aspek SMK Pantai IB World School.

Pada majlis itu pelbagai persembaha­n pengawas menyerlahk­an bakat yang ada pada mereka sekaligus mengeratka­n hubungan persahabat­an antara mereka.

Acara bertukar hadiah juga diadakan yang berlangsun­g dalam suasana mesra.

Sahar tidak lupa merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih atas sumbangan pengawas Tingkatan Lima kepada SMK Pantai selama ini.

 ??  ?? (Gambar bawah) SAHAR (duduk, tiga kiri) bersama Pengawas Sekolah Tingkatan Lima SMK Pantai.
(Gambar bawah) SAHAR (duduk, tiga kiri) bersama Pengawas Sekolah Tingkatan Lima SMK Pantai.
 ??  ?? (Gambar atas) SAHAR menyampaik­an hadiah kepada Pengawas Sekolah Tingkatan Lima SMK Pantai.
(Gambar atas) SAHAR menyampaik­an hadiah kepada Pengawas Sekolah Tingkatan Lima SMK Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia